Sunday, April 21, 2013

LAPORAN PEMANTAUAN SUKAN TINJU






Tarikh : 17 April 2013
Masa : 8.15 pagi
Tempat : SMK Tunku Putera, Baling
Kehadiran
1. Ganesan a/l Ramasamy - JSM
2. Atlet - 30 orang
Latihan
1. School Boxing
2. Sparring
Ujian
- Tiada
Pertandingan
- Tiada
Kecederaan
- Tiada
Peralatan
1. Tempat gantung punching bag telah rosak dan tidak dapat digunakan.
Program Binaan
- Tiada
Ulasan
1. Latihan dijalankan seperti biasa seawal jam 7.30 pagi.
2. Jurulatih memberikan taklimat ringkas mengenai sukan tinju serta kata-kata semangat agar atlet-atlet lebih bersungguh-sungguh menjalani latihan.
3. Jurulatih memaklumkan bahawa ada beberapa pasang glove lama yang telah digunakan oleh atlet negeri Kedah telah diberikan oleh En. Othman Saad (JPM MSNK) kepada atlet yang baru menjalani latihan agar mereka tidak kekok semasa berlatih.
4. Jurulatih juga memaklumkan bahawa terdapat kesukaran semasa menjalani latihan terutamanya untuk sparring kerana lantai simen tempat latihan terbabit agak licin dan dikhuatiri atlet-atlet ini terjatuh dan mungkin akan mengalami kecederaan.
5. Latihan berjalan lancar kerana atlet-atlet ini amat berminat dan menunjukkan kesungguhan semasa menjalani latihan.

Sekian. Terima kasih.

Disediakan oleh,

Nor Azian Hassan
USPTN Kedah

No comments:

Post a Comment