Tuesday, April 24, 2012

LAPORAN PENCAPAIAN ATLET KEDAH DI KEJOHANAN BADMINTON SIRKIT REMAJA KEBANGSAAN 100 PLUS ZON A 2ND LEG

Tarikh : 19 - 22 April 2012
Tempat : Stadium Badminton Kuala Lumpur.
Penyertaan : 23 Atlet Lelaki, 16 Atlet Wanita, 5 Jurulatih dan Pengurus Pasukan.

Untuk makluman , Pasukan Badminton Negeri Kedah telah menyertai Kejohanan Badminton Sirkit Remaja Kebangsaan 100Plus Zon A (Peringkat Kedua) yang diadakan di Stadium Badminton Kuala Lumpur. 
Prestasi atlet kali ini meningkat berbanding Kejohanan Badminton Sirkit Remaja Kebangsaan 100Plus Zon A (Peringkat Pertama) yang lalu.Berikut merupakan keputusan perlawanan akhir bagi atlet Negeri Kedah: 

1) Perseorangan Wanita Bawah 12 Tahun - Goh Jin Wei (PG) VS Pearly Tan Koong (KD)      21-10, 21-7 (N.Johan)

2) Perseorangan Lelaki Bawah 14 Tahun - Muhd Syauqi Bin Puzi (KD) VS Cheeran Deev A/L Arutchelvan (PG) 21-19, 21-14.(Johan)

3) Perseorangan Wanita Bawah 16 Tahun - Chua Cheah Lin (PG) VS Natalie Wong (KD) 21-17, 21-11. (N.Johan)

4) Perseorangan Wanita Bawah 18 Tahun - Nur Aiffa Tajeri (KD) VS Ang Ferng Ying (PG) 21-9, 16-21,21-19.(Johan)

5) Beregu Wanita Bawah 12 Tahun - Goh Jin Wei/ Jaslyn Hooi Yue Yann (PG) VS Eng Sin Jou/ Ong You Thien (KD) 21-7, 21-7. (N.Johan)

6) Beregu Wanita Bawah 16 Tahun - Koh Ching Woon/ Noor Hazwani Bt Hazair (KD) VS Chua Cheah Lin/ Dhesnee A/P Ganeson (PG) 21-17,21-14. (Johan)

7) Beregu Lelaki Bawah 18 Tahun - Jeeva A/L Velayutham/Tan Chee Tean (KD) VS Chan Ren Cong/ Chong Shi Yew (PK) 9-21, 21-18, 21-16. (Johan)

Berikut merupakan jumlah keseluruhan pingat bagi Pasukan Kedah :

Emas     - 4
Perak     - 3 
Gangsa  - 2

Jumlah   - 9

Sekian Terima Kasih.





Sunday, April 22, 2012

LAPORAN KLINIK PENGENALAN SUKAN DAN TID SUKAN TINJU

























Untuk makluman, USPTN Kedah  telah menjalankan Program Klinik Pengenalan Sukan dan TID sukan Tinju yang telah diadakan pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut:

TEMPAT                      :            SMK KUALA NERANG

TARIKH                       :           19 APRIL 2012

MASA                           :           8.30 PAGI HINGGA 2.00 PETANG

PENGLIBATAN          :          105 PELAJAR LELAKI DAN 41 PELAJAR WANITA

Tujuan Klinik dan TID ini diadakan adalah untuk mempromosikan sukan Tinju kepada pelajar-pelajar yang berminat untuk menceburi sukan Tinju. Ini juga merupakan langkah bagi menghidupkan semula program sukan Tinju di sekolah ini yang dahulunya merupakan PLN Tinju dari tahun 2005 – 2007.Program ini telah dimulakan dengan taklimat daripada PPN Sukan Tinju iaitu En. Zamsairon mengenai pelaksanaan Program Pelapis dan juga  pembentangan mengenai sukan Tinju dan juga tayangan video berkaitan sukan ini kepada para pelajar.  Kemudian para pelajar telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil serta data-data seperti ketinggian dan berat badan para pelajar diambil untuk direkodkan. Ujian-ujian yang spesifik tidak dijalankan memandangkan jurulatih bercadang untuk mengadakan ujian terbabit serta tapisan kedua semasa sesi latihan yang dijangka akan dimulakan pada 22 April 2012.

Program kemudiannya diteruskan dengan demo dan latihan “sparring” daripada 4 atlet tinju yang dibawa khas dari PLN tinju sedia ada iaitu dari SMK Tunku Putera,Baling. Para pelajar turut diberi peluang merasai pengalaman “sparring” buat kali pertama. Apa yang menariknya pada klinik kali ini ialah penglibatan pelajar-pelajar wanita yang turut berminat untuk menceburkan diri dalam sukan Tinju walaupun  tiada program latihan dijalankan bagi Tinju wanita Diharapkan klinik sukan ini akan dapat menyemarakkan kembali sukan Tinju di SMK Kuala Nerang. Klinik ini juga diharapkan dapat menjadi base bagi pencarian atlet yang lebih besar. Seperti mana makluman sebelum ini, cadangan bagi menghidupkan semula PLN ini kerana terdapat kemudahan yang lengkap bagi sukan Tinju di sekolah ini. Cadangan pelan jangka masa panjang ialah bagi menempatkan atlet Tinju terbaik di sekolah ini memandangkan kemudahan latihan dan asrama yang terdapat di sekolah ini. Klinik dan TID sukan akan diteruskan dengan Daerah Langkawi menjadi sasaran bagi 2 sukan iaitu Olahraga dan Angkat Berat yang dicadangkan akan dijalankan pada 06 dan 07 Mei 2012.

Sekian, terima kasih.

Monday, April 16, 2012

KEM ANGKAT BERAT 01/2012 ( LELAKI DAN WANITA )












Untuk makluman, 15 atlet lelaki dan 10 atlet wanita Angkat Berat seluruh Malaysia telah dikumpulkan bagi mengikuti kem latihan ini yang sedang berlangsung seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 14 - 20 Apri 2012

Tempat : SMK Tunku Anum Tunku Abdul Rahman, Jitra


Antara pengisian kem ini ialah sesi latihan pada sebelah pagi dan petang. Manakala sesi kelas teori dijalankan pada sesi malam. Sesi tayangan video angkatan atlet juga dijalankan pada sesi malam. Manakala sesi kelas biomekanik, pemakanan serta kecederaan sukan dikendalikan oleh pihak Institut Sukan Negara Malaysia. 6 jurulatih dari Kedah,Perlis,Negeri Sembilan, Selangor dan Kelantan telah ditugaskan untuk mengendalikan sesi latihan dalam kem ini. Diharapkan dengan penganjuran kem seperti ini,Malaysia tidak akan ketandusan bakat - bakat Pelapis dalam sukan Angkat Berat. Kepada semua atlet yang terlibat, semoga maju jaya diucapkan. Kepada pengurusan SMK Tunku Anum Tunku Abdul Rahman, terima kasih diucapkan di atas kerjasama bagi menjayakan kem ini terutamanya kepada Tuan Pengetua yang sudi hadir bagi menyaksikan pelaksanaan dan perjalanan kem ini.

Sunday, April 15, 2012

Bantuan Kepada Adik Syazwana Marzuki

Adik Syazwana Marzuki pernah menggegarkan dunia sukan negara apabila membuat pendedahan dalam media bahawa beliau tidak mendapat bantuan dari agensi terlibat akibat dari kecederaan lutut yang dialami beliau ketika menjalani latihan di Sekolah Sukan Bukit Jalil. Berlanjutan dari itu,Pihak Majlis Sukan Negara Malaysia dan pihak Majlis Sukan Negeri Kedah telah mengambil langkah proaktif dalam membuat penyaluran bantuan kepada adik Syazwana Marzuki. Akhirnya pada tarikh 15 April 2012, Adik Syazwana Marzuki telah mendapat bantuan penuh dari pihak Majlis Sukan Negara Malaysia dan juga Majlis Sukan Negeri Kedah Diharapkan dengan sumbangan yang tidak seberapa ini akan dapat meringankan beban yang ditanggung oleh Adik Syazwana Marzuki. Diharapkan Adik Syazwana Marzuki terus sukses dalam apa jua bidang yang diceburi. Terima kasih juga diucapkan kepada pihak Majlis Sukan Negara Malaysia dan Majlis Sukan Negeri Kedah di atas penyaluran bantuan ini.

Thursday, April 12, 2012

PEMANTAUAN @ PLN SEPAK TAKRAW









Tarikh : 10 April 2012

Masa : 5 Petang

Tempat : SMK Tunku Anum Tunku Abdul Rahman

Kehadiran :

1) En.Zabidi Shariff – JSM

2) 5 Orang Atlet

Latihan

1) First ball

2) Court control

3) Ball Control

Pertandingan

1) 7 orang atlet sedang menjalani latihan pusat di SMK Yan untuk ke Kejohanan Sepak Takraw Majlis Sukan Sekolah Malaysia 2012 pada 15 – 20 April 2012 bertempat di Melaka.

Kecederaan

1) Mohd Afiq Zulkarnain Bin Mohd Zaidi (Sakit Pinggang) telah mendapat rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.

2) Mohd Azadanial Bin Azayusrin (Hamstering) telah mendapat rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.

3) Mohamad Akmal Bin Subhi (Lutut) telah dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani. Sedang menunggu keputusan daripada pihak hospital.

Ulasan

1) Untuk makluman, En. Manimaran JSM sukan sepak takraw telah terlibat dengan kemalangan jalan raya pada 9 April 2012. Beliau mengalami kecederaan di bahagian muka.

2) Untuk makluman, 8 orang atlet didalam program sedang menjalani bersama Pasukan Sukma Kedah di Majlis Sukan Negeri Kedah. Berikut merupakan nama-nama atlet tersebut:

- Muhammad Sobrie Bin Samsudin

- Muhammad Yasser Bin Zaher

- Mohd Faris Bin Mohd Salleh

- Muhamad Asyraf Bin Azmi

- Mohamad Hizzal Bin Mohd Hadzir

- Mohamad Shameyrul Bin Mohamad Yusof

- Muhamad Nazrin Shah Bin Kamal Ariffin

- Mohd Naim Bin Mohamad Fadzil

Sekian Terima Kasih.

Laporan disediakan oleh Mohd Farid Mohd Fauzi

Monday, April 9, 2012

LAPORAN KEJOHANAN ANGKAT BERAT KEBANGSAAN TERBUKA KELANTAN 2012







Tarikh: 02 hingga 05 April 2012

Tempat : Wisma Sukan, Majlis Sukan Kelantan

Anjuran: Msn Kelantan, PABM

Penyertaan: 7 orang atlit , 2 jurulatih

Pada kejohanan kali ini 2 pingat dipertandingkan setiap kategori iaitu melalui acara Snatch dan Clean & Jerk. Untuk penyertaan Pasukan Angkat Berat Negeri Kedah pada kali ini menyumbangkan pingat sebanyak 3 Emas , 3 Perak , dan 3 Gangsa. Antara atlet yg menyumbangkn pingat adalah seperti berikut :-


1) Muhammad Hanif b, Mohd Yunus. – KAT 56kg snatch: 97kg( Emas ) C& J 110kg

(ke 4)

2) Mohd Aznil B. Bidin – KAT 56kg Snatch 92kg( Gangsa ) C & J: 115kg ( Gangsa )

3) Mohd Yusoff B. Azmi –KAT 77kg Snatch 110kg( Perak) C&J: 136kg (Ke 4)

4) Muhammad Sollehin -KAT 69kg Snatch 115 ( Perak) C&J: 128 ( Perak)

5)Abdul Malik Desa -KAT +105kg Snatch 115kg(Gangsa) C&J: tiada angkatan

6) Intan Ayuni -KAT 75kg Wanita. Snatch 77kg(Emas) C&J 95kg(Emas)

7) Ku Mohd Yuzir – KAT 85kg Snatch: Tiada angkatan C&J 140kg (ke-4)

Pada kejohanan kali ini keputusan angkatan tidak memuaskan kerana rata- rata atlet yg menyertai kejohanan pada kali ini mengalami kecederaan. Kejohanan kali ini hanya untuk menyesuaikan diri atlet dengan suasana kejohanan besar supaya atlet tidak gugup di Temasya SUKMA 2012 nanti.

3 orang atlit iaitu Mohd Dinie Akmal ,Mohd Anas Malik serta Nur Aisyah Mahmod mengalami kecederaan serius dan tidak mengambil bahagian dalam kejohanan ini.

Sekian.

Laporan disediakan oleh Mohd Norshah Rizal Ruslan ( JPM Angkat Berat )