Sunday, April 15, 2012

Bantuan Kepada Adik Syazwana Marzuki

Adik Syazwana Marzuki pernah menggegarkan dunia sukan negara apabila membuat pendedahan dalam media bahawa beliau tidak mendapat bantuan dari agensi terlibat akibat dari kecederaan lutut yang dialami beliau ketika menjalani latihan di Sekolah Sukan Bukit Jalil. Berlanjutan dari itu,Pihak Majlis Sukan Negara Malaysia dan pihak Majlis Sukan Negeri Kedah telah mengambil langkah proaktif dalam membuat penyaluran bantuan kepada adik Syazwana Marzuki. Akhirnya pada tarikh 15 April 2012, Adik Syazwana Marzuki telah mendapat bantuan penuh dari pihak Majlis Sukan Negara Malaysia dan juga Majlis Sukan Negeri Kedah Diharapkan dengan sumbangan yang tidak seberapa ini akan dapat meringankan beban yang ditanggung oleh Adik Syazwana Marzuki. Diharapkan Adik Syazwana Marzuki terus sukses dalam apa jua bidang yang diceburi. Terima kasih juga diucapkan kepada pihak Majlis Sukan Negara Malaysia dan Majlis Sukan Negeri Kedah di atas penyaluran bantuan ini.

No comments:

Post a Comment