Sunday, April 22, 2012

LAPORAN KLINIK PENGENALAN SUKAN DAN TID SUKAN TINJU

























Untuk makluman, USPTN Kedah  telah menjalankan Program Klinik Pengenalan Sukan dan TID sukan Tinju yang telah diadakan pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut:

TEMPAT                      :            SMK KUALA NERANG

TARIKH                       :           19 APRIL 2012

MASA                           :           8.30 PAGI HINGGA 2.00 PETANG

PENGLIBATAN          :          105 PELAJAR LELAKI DAN 41 PELAJAR WANITA

Tujuan Klinik dan TID ini diadakan adalah untuk mempromosikan sukan Tinju kepada pelajar-pelajar yang berminat untuk menceburi sukan Tinju. Ini juga merupakan langkah bagi menghidupkan semula program sukan Tinju di sekolah ini yang dahulunya merupakan PLN Tinju dari tahun 2005 – 2007.Program ini telah dimulakan dengan taklimat daripada PPN Sukan Tinju iaitu En. Zamsairon mengenai pelaksanaan Program Pelapis dan juga  pembentangan mengenai sukan Tinju dan juga tayangan video berkaitan sukan ini kepada para pelajar.  Kemudian para pelajar telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil serta data-data seperti ketinggian dan berat badan para pelajar diambil untuk direkodkan. Ujian-ujian yang spesifik tidak dijalankan memandangkan jurulatih bercadang untuk mengadakan ujian terbabit serta tapisan kedua semasa sesi latihan yang dijangka akan dimulakan pada 22 April 2012.

Program kemudiannya diteruskan dengan demo dan latihan “sparring” daripada 4 atlet tinju yang dibawa khas dari PLN tinju sedia ada iaitu dari SMK Tunku Putera,Baling. Para pelajar turut diberi peluang merasai pengalaman “sparring” buat kali pertama. Apa yang menariknya pada klinik kali ini ialah penglibatan pelajar-pelajar wanita yang turut berminat untuk menceburkan diri dalam sukan Tinju walaupun  tiada program latihan dijalankan bagi Tinju wanita Diharapkan klinik sukan ini akan dapat menyemarakkan kembali sukan Tinju di SMK Kuala Nerang. Klinik ini juga diharapkan dapat menjadi base bagi pencarian atlet yang lebih besar. Seperti mana makluman sebelum ini, cadangan bagi menghidupkan semula PLN ini kerana terdapat kemudahan yang lengkap bagi sukan Tinju di sekolah ini. Cadangan pelan jangka masa panjang ialah bagi menempatkan atlet Tinju terbaik di sekolah ini memandangkan kemudahan latihan dan asrama yang terdapat di sekolah ini. Klinik dan TID sukan akan diteruskan dengan Daerah Langkawi menjadi sasaran bagi 2 sukan iaitu Olahraga dan Angkat Berat yang dicadangkan akan dijalankan pada 06 dan 07 Mei 2012.

Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment