Sunday, February 5, 2012

PEMANTAUAN LATIHAN TINJU @ MSN KEDAH





Salam,

Sukan : Tinju

Kehadiran : 08 atlet 1 jurulatih

Tempat : Majlis Sukan Negeri Kedah

Masa : 4.00 hingga 6.00 Petang

Tarikh : 30.01.2012 ( Isnin )

Aktiviti./ Latihan

1. Sebagai persediaan bagi menghadapi Karnival Pelapis Negeri 2012 dan
SUKMA 2012 yang akan berlangsung tidak lama lagi, pasukan Tinju Kedah
telah mengambil inisiatif untuk terus menjalani latihan. Seramai 8
atlet lama dan baru digabungkan untuk memantapkan lagi latihan.

2. Jurulatih memaklumkan pada 04 – 08 Februari 2012 MSN Kedah dengan kerjasama
Persatuan Tinju Amatur Kedah akan menganjurkan kejohanan tinju terbuka Negeri Kedah . Jurulatih juga memaklumkan seramai 6 orang atlet dibawah program USPTN dan 2 orang atlet senior turut bertanding mewakili Negeri Kedah dalam kejohanan tersebut. 6 orang atlet tersebut juga telah terpilih untuk mewakili Negeri Kedah untuk SUKMA 2012.

3. Jurulatih En. Ganesan juga memohon sedikit peruntukan untuk membawa
atlet junior melihat dan memberi pendedahan semasa kejohanan tinju
terbuka Negeri Kedah nanti.

4. Memohon kepada Jurulatih agar menjalankan ujian kecergasan kepada atlet- atlet di bawah program bagi menilai tahap kecergasan atlet - atlet.

Sepanjang pemantauan dibuat atlet-atlet yang baru menunjukkan minat
yang tinggi untuk menjalani latihan.

Sekian untuk makluman.

Laporan disediakan oleh Zamsairon Mat Dan

No comments:

Post a Comment