Tuesday, January 17, 2012

PERJUMPAAN TUAN PENGARAH MSN KEDAH BERSAMA ATLET - ATLET KEBANGSAAN

Sebagai persediaan menghadapi Sukma Pahang 2012, pihak MSN Kedah telah mengambil inisiatif bagi mengadakan perjumpaan Tuan Pengarah MSN Kedah bersama - sama atlet - atlet Negeri Kedah yang kini menjalani latihan dalam program - program utama di MSN Bukit Jalil. Perjumpaan ini telah diadakan seperti tarikh dan tempat berikut :

Tarikh : 17 Januari 2012

Tempat : Cafe atlet, Majlis Sukan Negara Malaysia.

Masa : 3.30 petang

Perjumpaan yang diadakan dalam keadaan santai ini ialah bagi mengeratkan hubungan atlet - atlet ini bersama pihak pengurusan MSN Kedah di samping penyampaian amanat - amanat semasa dari Tuan Pengarah kepada para atlet - atlet. Selain daripada itu, perjumpaan ini juga adalah sebagai medium komunikasi atlet - atlet bersama pihak pengurusan. Terima kasih diucapkan kepada Tuan Pengarah MSN Kedah, Tn Syed Khairol Anuar B Syed Abidin kerana sudi hadir bagi menjayakan perjumpaan ini.

No comments:

Post a Comment