Sunday, July 31, 2011

Kejohanan Sepak Takraw 20 Tahun Kebawah 2011 Pulau Pinang







TARIKH : 30 JULAI 2011

TEMPAT :KOMPLEKS BELIA DAN SUKAN, BATU UBAN, PULAU PINANG


Kejohanan Sepak Takraw 20 Tahun Kebawah 2011 Pulau Pinang telah diadakan di Kompleks Belia dan Sukan Batu Uban, Pulau Pinang. Kejohanan ini telah disertai oleh pasukan dari Negeri Pulau Pinang, Kedah dan Perak. Jumlah keseluruhan penyertaan ialah sebanyak 45 pasukan.

Kejohanan ini dijalankan secara pusingan.Setiap pasukan dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan mempunyai 3 pasukan. Johan kumpulan sahaja yang layak ke pusingan kalah mati.

Kejohanan ini dijalankan dengan format kiraan mata 21. Kedah telah menghantar 5 regu iaitu regu USPTN A, B, C, D, dan E.

Berikut adalah keputusan kejohanan ini bagi regu Negeri Kedah:

1) USPTNK A kalah kepada Mutiara Impian di peringkat suku akhir dengan kiraan mata

( 21-17, 17-21, 11-15)

2) USPTNK B kandas di peringkat kumpulan

3) USPTNK C kandas di peringkat kumpulan

4) USPTNK D kandas di peringkat kumpulan

5) USPTNK E kandas di peringkat kumpulan



Sekian, terima kasih.
Laporan disediakan oleh Mohd Farid bin Mohd Fauzi.

Latihan Pusat Atlet Sepak Takraw Negeri Kedah









TARIKH : 27-29 JULAI 2011

TEMPAT : MAJLIS SUKAN NEGERI KEDAH

KEHADIRAN : 18 ATLET DAN 2 JURULATIH

Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Kedah dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Kedah telah mengadakan satu latihan pusat untuk atlet Sukan Sepak Takraw Negeri Kedah. Ia adalah bertujuan untuk membuat persediaan atlet Sepak Takraw bagi menghadapi Kejohanan Sepak Takraw Bawah 20 Tahun 2011 Pulau Pinang. Latihan pusat ini telah disertai oleh 18 orang atlet sepak takraw Negeri Kedah.

Latihan pusat ini telah dikendalikan oleh 2 orang jurulatih iaitu Encik Zabidi Shariff dan S.Manimaran. Jurulatih telah menjalani latihan pada dua sesi iaitu sesi pagi dan sesi petang. Latihan pada sesi pagi dijalankan pada pukul 8.00 pagi hingga 10.00 pagi manakala latihan pada sesi petang telah dijalankan pada pukul 5.00 petang hingga 7.00 petang. Pada sesi pagi, atlet diberikan latihan kecergasan manakala pada sesi petang, atlet diberikan latihan spesifik oleh jurulatih yang terlibat.

Segala keperluan atlet seperti tempat tinggal dan makan minum telah disediakan oleh Majlis Sukan Negeri Kedah.

Berikut adalah senarai atlet yang terlibat dengan latihan pusat:

1) Muhd Quyyum Bin Ahmad
2) Muhd Akmal Bin Ahmad Shubhi
3) Khairul Zahidin Bin Ismail
4) Mohd Norsyafri Bin Ruslan
5) Ahmad Kamarul Bin Mohd Shukri
6) Hairi Ikmal Bin Abdullah
7) Muhd Hairul Hikam
8) Mohd Hakimi Usop
9) Mohd Zahil Bin Fazlee
10) Ahmad Fadzlee Donald
11) Mohamad Alkhashah Bin Zakaria
12) Muhamad Shamsul
13) Mohamad Izzal Bin Hadzir
14) Muhammad Alafiz Bin Nor Izat
15) Mohamad Nor Aiman Bin Roslan
16) Mohd Hafizi Bin Saad
17) Mohamad Fadley Bin Fadzil
18) Muhd Haikal Bin Abd Malik

Sekian, terima kasih.

Laporan disediakan oleh Mohd Farid bin Mohd Fauzi.

Thursday, July 28, 2011

PEMANTAUAN PLN SUKAN TINJU











Sukan : Tinju

Kehadiran : 5 atlet 1 jurulatih

Tempat : Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Putera, Baling.

Masa : 4.00 hingga 6.30 Petang

Tarikh : 27.07.2011 ( Rabu )

Aktiviti./ Latihan

1. Adalah dimaklumkan atlet Sukan Tinju telah menjalani latihan seperti biasa walaupun ada dikalangan atlet akan menghadapi peperiksaan PMR dan SPM tidak lama lagi. Bagi atlet yang akan menghadapi peperiksaan, mereka tidak dapat turun latihan mengikut jadual yang di tetapkan oleh jurulatih kerana menumpukan pada peperiksaan dan kelas tambahan yang telah disediakan olah pihak sekolah.

2. Jurulatih memaklumkan bahawa latihan ini juga adalah persediaan untuk menyertai Kejohanan Tinju Remaja Kebangsaan di Pulau Pinang yang dijadualkan berlangsung pada 17 hingga 21 September 2011. Seramai 4 orang atlet di bawah program USPTN Kedah akan bertanding untuk memberi pendedahan serta meningkatkan prestasi sebelum Kejohanan Karnival Pelapis Negeri yang akan diadakan di Negeri Perlis pada awal bulan Oktober nanti. Berikut adalah nama atlet yang terlibat :-

BIL

NAMA

UMUR

ACARA

1

MOHAMAD FIKRI BIN RAZALI

16

57 KG

2

MANOP A/L CHARAEN

16

64 KG

3

MOHAMAD MALIK BIN MD ISA

18

52 KG

4

AISAMUDIN MAULA BIN TAJUDIN

19

46 KG


3. Jurulatih juga memaklumkan bahawa sepanjang bulan ramadhan, latihan akan dijalankan seperti biasa untuk atlet yang tidak menghadapi peperiksaan tetapi masa latihan di kurangkan dari 2 ½ jam ke 1 ½ jam pada setiap sesi latihan. Bagi atlet yang akan menghadapi peperiksaan, mereka akan di beri kelonggaran untuk menumpukan sepenuhnya kepada peperiksaan.

4. Hasil perbincangan bersama jurulatih satu ujian kecergasan akan dijalankan ke atas atlet Sukan Tinju selepas Hari Raya Aidil Fitri sebelum ke Kejohanan Tinju Remaja Kebangsaan dan Kejohanan Karnival Pelapis Negeri untuk memastikan pasukan Sukan Tinju USPTN Kedah bersedia untuk menyertai kejohanan tersebut dan lain-lain kejohanan.

Sepanjang pemantauan dibuat atlet-atlet menunjukkan minat yang tinggi untuk menjalani latihan.

Sekian, terima kasih.

Laporan disediakan oleh Zam Sairon bin Mat Dan @ Saadan.


Tuesday, July 26, 2011

KEJOHANAN OLAHRAGA TERTUTUP MALAYSIA 2011















Tarikh : 23 – 24 Julai , 2011
Tempat : Stadium Utama Kangar, Perlis
Jurulatih : Mohd Zam Sairon Bin Mat Dan @ Saadan

Kejohanan Olahraga Tertutup Malaysia telah pun berakhir, walaupun dalam keadaan cuaca yang tidak menentu tetapi kejohanan tetap berlangsung seperti biasa. Hujan lebat tidak mematahkan semangat atlet untuk terus bertanding bersungguh-sungguh. Kejohanan kali ini juga memberi peluang kepada semua atlet membuat yang terbaik untuk melayakan diri ke Sukan Sea pada bulan November ini.

Adalah amat membanggakan kerana komitmen dan kesungguhan daripada atlet-atlet di bawah program USPTN Kedah sepanjang kejohanan berlangsung dapat memberi saingan kepada atlet senior walaupun kebanyakan atlet masih lagi junior.

Berikut adalah merupakan atlet - atlet di bawah Program USPTN yang terlibat dan telah menyumbangkan pingat kepada kontinjen Negeri Kedah :

Sekian, terima kasih.

Laporan disediakan oleh Mohd Zam Sairon Bin Mat Dan @ Saadan

Monday, July 25, 2011

KEJOHANAN ANGKAT BERAT ZON UTARA 01/11















Kejohanan Angkat Berat Zon Utara Siri 01/2011 membuka tirai dengan Negeri Perlis sebagai tuan rumah.Butiran Kejohanan adalah seperti berikut :

Tarikh: 22 hingga 24 Julai 2011

Tempat : SMK Abi Perlis

Anjuran: USPTN Perlis & MSN Perlis

Pada kejohanan kali ini kategori penyertaan dibahagikan kepada 2 peringkat umur iaitu Kategori umur bawah 14 tahun lelaki wanita dan bawah 16 tahun lelaki dan wanita. Seramai 38 badang muda telah menyertai kejohanan ini dengan pecahan penyertaan seperti berikut :

Perlis - 18 atlet

Pulau Pinang - 13 atlet

Kedah - 7 atlet

Untuk makluman, 7 atlet terbabit yang meliputi pecahan 5 atlet lelaki dan 1 atlet wanita merupakan atlet dari PLN Angkat Berat SMK Alor Janggus yang telah dipilih daripada siri TID dan Klinik Sukan Angkat Berat yang dijalankan pada 30 Januari 2011 yang lalu. Manakala 1 lagi atlet wanita pula daripada PLN SMK Tunku Anum Tunku Abdul Rahman yang merupakan atlet senior. Atlet - atlet terbabit menjalani latihan bermula pada Bulan Mac yang lalu. Walaupun masih hijau dalam sukan Angkat Berat, namun atlet - atlet terbabit telah menunjukkan satu pencapaian yang membanggakan dengan kutipan pingat keseluruhan sebanyak 6 Emas, 6 Perak dan 1 Gangsa. Berikut merupakan keputusan bagi atlet - atlet terbabit : -

Kategori Bawah 14 tahun Lelaki

1) Mohd Fakrunnaim Bin Ibrahim (Kategori 45kg)

Snatch : 33kg (Gangsa) Clean & Jerk : 45kg (Perak). Keseluruhan : ke-2

2) Mohd Syamil Ikmal Bin Abu Bakar (Kategori 62kg)

Snatch : 40kg (Emas) Clean & Jerk : 50kg (Perak). Keseluruhan : Pertama

3) Mohd Redwan B. Husin (Kategori 62kg)

Snatch : Tiada angkatan , Clean & jerk : 55kg (Emas) : Keseluruhan : ke-3

Kategori Bawah 14 Tahun Wanita

1) Farhana Nabila Bt Shamsudin (Kategori terbuka wanita bwh 14)

Snatch : 33kg (Emas) , Clean & Jerk 43 (Emas) Keseluruhan : Pertama

2) Nurnisha Izzureen Bt Nazri (Kategori terbuka wanita bwh 14)

Snatch :28kg (Perak) Clean & jerk( 40kg) Keseluruhan : ke-2

Kategori Bawah 16 Tahun Lelaki:

1) Mohd Khairul Anuar (kategori 77kg)

Snatch : 54kg (Perak) Clean & jerk:70kg (Perak) Keseluruhan: ke-2

Kategori Bawah 16 Tahun Wanita :

1) Nuraisyah Bt Mahamud ( Terbuka wanita)

Snatch : 51kg (Emas) Clean &Jerk :63kg (Emas) Keseluruhan: Pertama

Tahniah kepada tuan rumah kerana menganjurkan kejohanan ini dengan jayanya. Kepada atlet - atlet Angkat Berat Negeri Kedah, tahniah diucapkan di atas pencapaian di kejohanan ini..

Sekian.


Friday, July 22, 2011

PEMANTAUAN SUKAN OLAHRAGA @ SMK KUALA KETIL








Tarikh : 19 Julai 2011

Masa : 8.30 Pagi - 10.30 pagi

Tempat : SMK. Kuala Ketil

Kehadiran : 2 Jurulatih 9 Atlet 1 Guru

Antara program latihan yang dijalankan adalah seperti berikut :

Acara Jarak Jauh

3 set x 300 Meter Hurdle + 3 set x 300 meter

2 set x 300 Meter + 2 set x 200M

2 set x 150M

Sprinter/ Thrower

Drill ABC

Medicine Ball 3kg. 10 x 3 set

Medicine Ball 4kg. 10 x 3 set

Perbincangan/ Maklumbalas

PLN bagi sukan Olahraga di SMK Dato' Bijaya Setia, Sungai Petani dikendalikan oleh JSM USPTN iaitu Encik Mahalingam. Selain daripada itu, terdapat juga beberapa atlet dibawah program yang bersekolah di SMK Kuala Ketil dimana beliau akan membuat latihan di SMK Kuala Ketil pada sebelah pagi iaitu pada hari Ahad, Selasa dan Jumaat. Manakala di SMK Dato' Bijaya Setia pula pada hari Ahad, Rabu dan Khamis pada sebelah petang. Bagi Atlet-atlet yang belajar di SMK Kuala Ketil, mereka mendapat pelepasan latihan dari jam 8.30 pagi hingga 10.00 pagi.

JSM Encik Zamsairon serta 3 atlet di PLN Alor Setar juga turut serta dalam sesi latihan di SMK Kuala Ketil dan juga turut dihadiri oleh seorang guru yang merupakan bekas jurulatih olahraga semasa program sukan teras dahulu iaitu Pn. Norhashimah. Dari itu juga satu perbincangan jurulatih telah dibuat tentang Kejohanan Olahraga Tertutup Kebangsaan 2011 mengenai acara-acara yang akan dipertandingkan dan percaturan atlet-atlet semasa kejohanan pada 23-24 Julai 2011 nanti yang akan diadakan di Stadium Utama, Kangar Perlis. Kejohanan tersebut akan disertai oleh 11 atlet lelaki dan 2 atlet wanita menjadikan keseluruhan penyertaan sebanyak 13 atlet. 2 JSM iaitu En Mahalingam dan En Zamsairon akan bertindak selaku jurulatih pasukan dalam kejohanan ini. Perbelanjaan ke kejohanan ini akan dibiayai oleh pihak Majlis Sukan Negeri Kedah.

Tiada isu dibangkitkan oleh JSM sepanjang pemantauan dijalankan. Kepada semua atlet yang akan beraksi di Perlis, selamat maju jaya diucapkan..

Sekian.
Laporan disediakan oleh Akmal Hashim.