Monday, July 25, 2011

KEJOHANAN ANGKAT BERAT ZON UTARA 01/11















Kejohanan Angkat Berat Zon Utara Siri 01/2011 membuka tirai dengan Negeri Perlis sebagai tuan rumah.Butiran Kejohanan adalah seperti berikut :

Tarikh: 22 hingga 24 Julai 2011

Tempat : SMK Abi Perlis

Anjuran: USPTN Perlis & MSN Perlis

Pada kejohanan kali ini kategori penyertaan dibahagikan kepada 2 peringkat umur iaitu Kategori umur bawah 14 tahun lelaki wanita dan bawah 16 tahun lelaki dan wanita. Seramai 38 badang muda telah menyertai kejohanan ini dengan pecahan penyertaan seperti berikut :

Perlis - 18 atlet

Pulau Pinang - 13 atlet

Kedah - 7 atlet

Untuk makluman, 7 atlet terbabit yang meliputi pecahan 5 atlet lelaki dan 1 atlet wanita merupakan atlet dari PLN Angkat Berat SMK Alor Janggus yang telah dipilih daripada siri TID dan Klinik Sukan Angkat Berat yang dijalankan pada 30 Januari 2011 yang lalu. Manakala 1 lagi atlet wanita pula daripada PLN SMK Tunku Anum Tunku Abdul Rahman yang merupakan atlet senior. Atlet - atlet terbabit menjalani latihan bermula pada Bulan Mac yang lalu. Walaupun masih hijau dalam sukan Angkat Berat, namun atlet - atlet terbabit telah menunjukkan satu pencapaian yang membanggakan dengan kutipan pingat keseluruhan sebanyak 6 Emas, 6 Perak dan 1 Gangsa. Berikut merupakan keputusan bagi atlet - atlet terbabit : -

Kategori Bawah 14 tahun Lelaki

1) Mohd Fakrunnaim Bin Ibrahim (Kategori 45kg)

Snatch : 33kg (Gangsa) Clean & Jerk : 45kg (Perak). Keseluruhan : ke-2

2) Mohd Syamil Ikmal Bin Abu Bakar (Kategori 62kg)

Snatch : 40kg (Emas) Clean & Jerk : 50kg (Perak). Keseluruhan : Pertama

3) Mohd Redwan B. Husin (Kategori 62kg)

Snatch : Tiada angkatan , Clean & jerk : 55kg (Emas) : Keseluruhan : ke-3

Kategori Bawah 14 Tahun Wanita

1) Farhana Nabila Bt Shamsudin (Kategori terbuka wanita bwh 14)

Snatch : 33kg (Emas) , Clean & Jerk 43 (Emas) Keseluruhan : Pertama

2) Nurnisha Izzureen Bt Nazri (Kategori terbuka wanita bwh 14)

Snatch :28kg (Perak) Clean & jerk( 40kg) Keseluruhan : ke-2

Kategori Bawah 16 Tahun Lelaki:

1) Mohd Khairul Anuar (kategori 77kg)

Snatch : 54kg (Perak) Clean & jerk:70kg (Perak) Keseluruhan: ke-2

Kategori Bawah 16 Tahun Wanita :

1) Nuraisyah Bt Mahamud ( Terbuka wanita)

Snatch : 51kg (Emas) Clean &Jerk :63kg (Emas) Keseluruhan: Pertama

Tahniah kepada tuan rumah kerana menganjurkan kejohanan ini dengan jayanya. Kepada atlet - atlet Angkat Berat Negeri Kedah, tahniah diucapkan di atas pencapaian di kejohanan ini..

Sekian.


No comments:

Post a Comment