Wednesday, October 5, 2011

Latihan Bersama Antara Pusat Latihan Sukan Angkat Berat










Salam,

Berikut merupakan laporan bagi program Latihan Bersama Antara Pusat Latihan Sukan Angkat Berat yang dijalankan pada tarikh dan tempat seperi berikut :

Tarikh : 04 - 06 OKT 2011

Tempat : Dewan Angkat Berat SMK Tunku Anum Tunku Abd Rahman

Penyertaan : 14 orang Atlet ( 5 atlet SMK Alor Janggus)
( 9 atlet SMK Tunku Anum Tunku Abd Rahman )

1 ) Program latihan bersama antara Pusat Latihan Angkat Berat Kedah telah diatur oleh jurulatih bagi menghadapi Kejohanan Angkat Berat Remaja Bawah 16 tahun di Kota Bharu Kelantan pada pertengahan bulan ini. Program ini dapat dilaksanakan kerana pihak SMK Alor Janggus(SMKAJ) telah memberi cuti bagi memberi laluan untuk pelajar Tingkatan 3 menduduki ujian PMR. Bagi memanfaatkan cuti ini 1 program latihan bersama telah dirangka.

2 ) Hasil daripada perbincangan antara Ketua jurulatih dan juga Jurulatih Pelapis program kali ini akan lebih tertumpu kepada latihan fizikal dan persediaan mental untuk menyertai kejohanan yang akan disertai nanti. Ini kerana atlet atlet baru ini sudah menguasai hampir 80% teknik. Latihan fizikal dan mental ini akan memantapkan lagi persediaan atlet ini untuk menghadapi kejohanan tersebut. Disamping itu atlet- atlet baru ini juga dapat berkongsi pengalaman dengan atlet yang lebih senior.

Semoga objektif program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Laporan disediakan oleh Mohd Norshah Rizal Ruslan.

1 comment: