Sunday, April 3, 2011

PROGRAM LATIHAN INTENSIF SUKAN BERBASIKAL

















Untuk makluman, MSN Kedah dengan Kerjasama USPTN Kedah telah menganjurkan Program Latihan Intensif Sukan Berbasikal untuk Negeri Kedah. Penumpuan program ini adalah untuk atlet-atlet baru yang telah disenarai pendek dari 2 siri program TID yang telah dijalankan di SMK Sungai Tiang dan SMK Alor Janggus. Seramai 29 orang atlet baru telah dihimpunkan dalam program 3 hari ini. Tujuan program ini selain daripada ingin menguji kecergasan fizikal secara lebih lanjut atlet terbabit, mereka juga turut didedahkan mengenai sukan berbasikal dengan lebih mendalam dan juga program latihan dalam kumpulan bagi menyemai sifat berkerja dalam pasukan. Berikut adalah laporan ringkas program terbabit:

HARI PERTAMA 31 MAC 2011

1. Program dimulakan dengan atlet-atlet baru membuat pendaftaran. Penginapan bagi atlet - atlet ini telah disediakan di asrama MSN Kedah. Pada jam 4.30 petang atlet-atlet berkumpul untuk mendengar taklimat mengenai latihan dan pengenalan kepada peralatan basikal. Seterusnya latihan dalam kumpulan dijalankan pada jam 8.30 malam sehingga 10.30 malam bersama penyelaras sukan berbasikal MSN Kedah Pn. Alfizar bt Othman. Program berakhir pada jam 11.00 malam.

HARI KEDUA 01 APRIL 2011

1. Program dimulakan dengan solat subuh berjemaah dan perbarisan pagi seterusnya senaman pagi. Setelah selesai senaman pagi, ujian pertama untuk atlet-atlet baru dan lama adalah dengan membuat ujian masa perseorangan 3 KM di Taman Jubli Perak berhampiran MSN Kedah. Seterusnya atlet-atlet diberi Latihan Dalam Kumpulan (LDK) di Dewan Serbaguna di MSN Kedah sehingga jam 12.30 tgh hari. Seterusnya atlet-atlet diberi rehat untuk solat dan makan sehingga jam 2.30 petang. Setelah itu ujian kedua adalah Bleep Test yang dijalankan di perkarangan MSN Kedah sehingga jam 4.00 petang. Pada jam 4.30 petang atlet-atlet dibawa ke gimasium untuk mendengar taklimat pengenalan mengenai latihan dan peralatan di gimnasium sehingga jam 6.50 petang. Pada 8.30 malam pula diadakan perjumpaan bersama Persatuan Berbasikal Negeri Kedah dimana pihak persatuan memberi sedikit taklimat mengenai sejarah sukan berbasikal dan fungsi persatuan kepada atlet-atlet. Program berakhir pada jam 11.00 malam.

HARI KETIGA 02 APRIL 2011

1. Program pada sebelah pagi dimulakan seperti pada hari kedua cuma pada 8.30 pagi atlet-atlet membuat latihan bersama jurulatih sehingga jam 11.30 pagi. LDK seterusnya dijalankan dan program diakhiri dengan ucapan dari wakil Pengarah MSN Kedah, En Azemi Abdun. Program berakhir pada jam 2.30 petang. Program sebegini dijalankan adalah untuk memastikan Negeri Kedah tidak ketandusan bakat - bakat baru dalam sukan berbasikal selain daripada untuk memupuk minat remaja kepada sukan berbasikal khasnya.

Makluman.
  • Maklumat atlet-atlet yang terpilih akan dimaklumkan dalam masa terdekat.
  • Majlis penyerahan basikal kepada atlet-atlet yang terpilih juga akan dimaklumkan kemudian.

Sekian untuk makluman.

Laporan disediakan oleh Akmal Hashim.

1 comment:

  1. ex kedah cycling team;

    Kepada atlet baru buat yang terbaik jngn terlibat dgn politik dlaman..

    ReplyDelete