Monday, April 4, 2011

LAPORAN PROGRAM PEMILIHAN ATLET BAWAH 12 DAN 15 SUKAN TENPIN BOLING








Salam 1Malaysia,

Sukan : Tenpin Boling
Venue : Ole Ole Superbowl Sentosa, Alor Setar, Kedah
Tarikh : 1 April, 2011 (Jumaat)
Masa : 9.30 pagi - 1.00 tengahari
Kehadiran : 60 orang

Susulan dari keputusan Mesyuarat JKK Sukan Tenpin Boling dan lanjutan perbincangan di antara pihak persatuan dengan pihak pengurusan, Ole Ole Superbowl Sentosa telah bermurah hati untuk menaja 6 lane, 2 hari seminggu selama 2 jam setiap sesi kepada atlet untuk menjalani latihan di pusat boling tersebut. Oleh yang demikian pihak kami telah memberi peluang ini untuk atlet yang berada di sekitar Daerah Kota Setar.

Satu sesi pemilihan atlet telah di jalankan bagi memilih atlet-atlet untuk berlatih di pusat ini, Kategori umur ialah bawah 12 dan 15 tahun. Seramai 60 orang telah hadir dan seramai 30 orang atlet telah terpilih. Pihak persatuan telah bersetuju untuk membayar 2 lane tambahan memandangkan terdapat ramai atlet yang berpotensi dan jumlah lane yang di taja tidak mencukupi.

Sesi pemilihan tamat pada pukul 1.00 tengahari selepas jurulatih memberi taklimat kepada waris dan atlet yang terpilih. Atlet - atlet yang terpilih juga diberi taklimat berkaitan terma dan syarat yang harus di patuhi oleh mereka setelah terpilih kedalam program. Terima kasih diucapkan kepada pihak pengurusan Ole - Ole Superbowl Sentosa di atas kerjasama bagi merealisasikan program ini.

Sekian, terima kasih

Laporan disediakan oleh Ku Fadzilah Ku Hamid.

1 comment: