Thursday, January 13, 2011

PEMANTAUAN PLN SKUASY









Tarikh : 11 Januari, 2011

Masa : 6.00 petang

Tempat : Kompleks Sukan Muadzam Shah, Alor Setar, Kedah

Kehadiran : 16 orang atlet

Jurulatih : Cheong Pak Kau & Mubashir Gul

Hasil Pemantauan

Ketika pemantauan seramai 16 atlet masih berlatih, ini adalah kerana atlet yang sesinya telah habis telah pun pulang. Bagi atlet-atlet baru yang terpilih ketika Klinik Mencari Bakat bagi Sukan Skuasy pada bulan Oktober yang lepas, seramai 50 orang telah terpilih dan kini hanya tinggal 28 orang yang masih menjalani latihan yang menetapi peraturan iaitu mereka harus datang latihan sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Sesi latihan bagi atlet baru adalah 3.30 petang hingga 5.00 petang.

Adalah amat membanggakan kerana komitmen dari jurulatih dan waris atlet amat tinggi kerana sanggup menghantar dan melatih atlet datang berlatih 7 hari seminggu, sehingga keputusan pertandingan bagi tahun 2010 amat membanggakan, contohnya Sivasangari yang berjaya menjadi Johan Hong Kong Junior Open (11 - 15 Ogos, 2010) dan Dunlop Pontefract Junior Open 2010 (28 - 30 Disember, 2010) bagi kategori Perempuan bawah 13 tahun. Kebanyakan atlet Kedah juga berjaya menjadi johan di peringkat Kebangsaan bagi ketegori umur masing-masing seperti Aifa Azman, Nurul Izzah, Mivesh Kumar, Hafiz Zaffri dan lain-lain lagi

Seramai 2 orang atlet Kedah kini berada di Sekolah Sukan Bukit Jalil di bawah Jurulatih Andrew Cross iaitu Aika Azman dan Teh Min Jie, mereka ini juga telah melayakkan diri sehingga ke separuh akhir di SUKMA 2010 di Melaka yang lalu bagi acara berkumpulan perempuan yang turut di bantu oleh Rebecca Ooi dan Nazihah Hanis.


Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh Cik Ku Fadzilah Binti Ku Hamid.

1 comment: