Tuesday, January 2, 2018

LAPORAN PEMANTAUN LATIHAN ATLET SUKAN GIMRAMA BERSAMA PELAPIS KEBANGSAAN










Program : Latihan Bersama Atlet Pelapis Kebangsaan
Tarikh : 17 Disember – 22 Disember 2017
Masa : 09.00 Pagi hingga 06.00 Petang
Tempat : Gimnasium 1, Majlis Sukan Negara Malaysia, Bukit Jalil

Seramai 5 orang atlet gimrama, seorang jurulatih luar negara (JLN) dan seorang pengurus daripada pelapis Negeri Kedah telah dibawa untuk menyertai program latihan bersama atlet pelapis Kebangsaan di Gimnasium 1, Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil pada 17-22 Disember 2017.

Objektif latihan ini di adakan adalah untuk memberi pendedahan kepada atlet untuk mempelajari teknik atau kemahiran baru dari pada jurulatih kebangsaan dan memdapat melihat atlet pelapis kebangsaan menjalani latihan memandangkan atlet-atlet masih baru di dalam program ini. Disamping itu juga latihan ini dapat memberi ruang kepada jurulatih untuk melatih atlet-atlet ke tahap yang lebih baik kerana kekangan yang dihadapi di pusat latihan sedia ada di negeri Kedah dan atlet dapat melihat dan mengunakan kelengkapan yang ada disana. Selain itu, sdo yang hadir juga mahu melihat sendiri kondisi pusat latihan di Gimnasium 1 kerana sesuai dijadikan contoh buat Kedah untuk membina gimnasium atau dewan di PLN kelak.


Pasukan bertolak pada 17 haribulan menggunakan dua buah kereta Majlis Sukan Negeri Kedah dan menginap di Hotel Sri Petaling sepanjang program latihan dijalankan. Program latihan bermula pada 18 haribulan bermula pada jam 9.00 pagi selepas sarapan. Sesi pagi berhenti pada jam 12.00 tengah hari dan disambung semula pada sesi petang bermula jam 2.00 petang hingga 6.00 petang. Sepanjang program latihan dijalankan atlet dapat menjalani latihan dengan menggunakkan semua apparatus dan mendapat tunjuk ajar dari jurulatih kebangsaan.


Pasukan bertolak balik pada 22 haribulan petang selepas selesai latihan pada sesi pagi dan tiba di Negeri Kedah pada jam 11.00 malam.


Jurulatih berpuas hati dengan program yang dijalankan kerana program ini dapat membantu meningkatkan keyakinan atlet dan memberikan pendedahkan kepada atlet untuk menjalani latihan secara lebih berkesan bagi meningkatkan prestasi atlet. Jurulatih juga berharap dapat menyertai latihan seperti ini jangka masa lebih lama bagi memastikan atlet betul - betul dapat impak daripada latihan yang dijalankan.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada pihak Majlis Sukan Negara kerana memberi kebenaran untuk menjalani latihan bersama atlet pelapis kebangsaan, Majlis Sukan Negeri Kedah telah memberikan peruntukkan sepenuhnya untuk menyertai latihan ini, Persatuan Kebangsaan, Pengurus Sukan Gimrama dan semua yang telah memberi kerjasama baik sepanjang program latihan dijalankan.

Sekian, terima kasih.
Laporan disediakan oleh Murni Shafila bt Saad

No comments:

Post a Comment