Monday, December 11, 2017

LAPORAN PEMANTAUAN KEJOHANAN GIMRAMA






TARIKH : 29 November – 2 Disember 2017
TEMPAT : Gimnasium 1, MSNM, Bukit Jalil, Kula Lumpur

KEJOHANAN SIRKIT REMAJA KEBANGSAAN GIMRAMA SIRI 1/2017

Kejohanan telah berlangsung di Gimnasium 1, MSNM, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 29 November hingga 02 Disember 2017. Kejohanan ini telah berlangsung selama 4 hari dan kejohanan ini juga telah dianjurkan oleh Persekutuan Gimnastik Malaysia bersama Majlis Sukan Negara Malaysia. Kategori Pertandingan adalah Gred4, Gred5, Under8, Under9, Under10, Under11 dan Pre-Junior. Seramai 5 orang atlet, seorang JLN, seorang Pegurus, dan seorang pegawai telah mewakili pasukan Pelapis Kedah. Atlet Negeri Kedah Darul Aman telah mendapat tempat keempat bagi berpasukan dengan jumlah keseluruhan adalah 60.500.

Objektif utama kejohanan ini diadakan adalah untuk mendapatkan lebih ramai lagi atlet pelapis negara di samping dapat memberi pendedahan serta menilai tahap prestasi atlet-atlet khasnya di pusat-pusat latihan negeri.

Berikut adalah Keputusan bagi atlet Negeri Kedah Darul Aman Bagi Kategori Under 8 :

FREE HAND
BIL
NAMA
KEPUTUSAN
1
NUR FADZREEN ARRIIESYA
5.950
2
PUTERI NURDAYANA BATRISYA
5.800
3
AMIRA BALQIS
5.850
4
PUTRI NAJUWA
5.800
5
OOI JING JUNE
5.600

ROPE
BIL
NAMA
KEPUTUSAN
1
NUR FADZREEN ARRIIESYA
5.150
2
PUTERI NURDAYANA BATRISYA
5.150
3
AMIRA BALQIS
5.000
4
PUTRI NAJUWA
4.500
5
OOI JING JUNE
4.650

BALL
BIL
NAMA
KEPUTUSAN
1
NUR FADZREEN ARRIIESYA
4.450
2
PUTERI NURDAYANA BATRISYA
4.350
3
AMIRA BALQIS
4.400
4
PUTRI NAJUWA
4.100
5
OOI JING JUNE
3.500



Kejohanan pada kali ini tamat pada jam 5.30 petang selepas selesai upacara penyampaian hadiah kepada pemenang.Tahniah diucapkan kepada atlet yang berjaya dan teruskan usaha buat atlet yang gagal mencapai pingat pada kali ini.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada pihak Persekutuan Gimnastik Malaysia bersama Majlis Sukan Negara Malaysia.kerana menjayakan kejohanan kali ini.

Sekian, terima kasih.
Laporan disediakan oleh Puan Murni Shafila Bt Saad.

No comments:

Post a Comment