Monday, October 9, 2017

LAPORAN PERJUMPAAN WARIS BERSAMA WAKIL PIHAK MAJLIS SUKAN NEGERI KEDAH









Tarikh : 06 Oktober 2017 (Jumaat)
Masa : 9.00 – 11.00 Pagi

Kehadiran :
1. Pemangku Ketua Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Kedah Darul Aman - (Encik Hafizuddin bin Mohd Rodzi)
2. SDO Sukan Menembak – (Puan Nur Ira Mastura binti Baharum)
3. JPM MSNK – (Encik Zulkeffli bin Ismail)
4. JSM – (Encik Sazali bin Dzahuri)
5. Atlet – 15 orang
6. Waris Atlet – 20 orang



Jemputan perjumpaan waris bersama wakil dari Majlis Sukan Negeri Kedah ini adalah bagi atlet yang telah terpilih di dalam Pencarian Bakat 2017 di SMK Pokok Sena 2 bagi sukan Menembak. Perjumpaan ini bertujuan untuk memohon kerjasama dan sokongan daripada waris-waris untuk sama-sama membantu atlet dalam memajukan diri dalam sukan. Perjumpaan ini juga untuk menerangkan hala tuju program pembangunan Majlis Sukan Negeri Kedah kepada waris atlet agar dapat memahami sedikit sebanyak mengenai sukan Menembak. Ini juga untuk memastikan pihak waris memahami dengan sedalamnya berkenaan program dan kelebihan yang atlet terima apabila memasuki dalam program ini. Pihak MSNK juga menerangkan dan memastikan waris-waris akan lebih berkeyakinan untuk membenarkan atlet ini menghadiri latihan yang akan dijalankan di bawah pengawasan JPM MSNK (Encik Zulkiffli bin Ismail) dan JSM (Encik Sazali bin Dzahuri).


Sekian, Terima Kasih.
Laporan Disediakan Oleh Puan Nur Ira Mastura binti Baharum

No comments:

Post a Comment