Tarikh: 17.7.2017
Masa: 10.30 Pagi
Tempat: Dewan Angkat Berat SMK Alor Janggus
KEHADIRAN :
1. En. Abd Malik Bin Abd Rahman ( JPM )
2. En. Hanadzlah (Guru Pengiring Sukan Angkat Berat)
3. En. hafizuddin Bin Mohd Rodzi (PKU USPTN)
LATIHAN
-Tiada
UJIAN
- Tiada
PERTANDINGAN
- Tiada
KECEDERAAN
- Tiada
PERALATAN
- Tiada
PROGRAM BINAAN
- Perancangan untuk mengadakan satu kejohanan angkat berat dalaman atau jemputan zon utara dalam masa terdekat.
ULASAN
1. Seramai 39 orang atlet perempuan telah dimasukkan di dalam program pelapis negeri hasil daripada Program Pencarian Bakat yang diadakan lepas.
2. Kesemua 39 orang atlet tersebut akan memulakan sesi latihan pada esok petang dibawah kendalian Jurulatih Penuh Masa (JPM) En. Abd Malek bin Abd Rahman.
3.Hasil perbincangan bersama pihak sekolah atlet baru tersebut akan diasingkan daripada menjalani latihan dengan atlet lelaki sedia ada buat sementara waktu memandangkan keadaan PLN yang agak padat sekiranya atlet lama dan baru menjalani latihan dalam masa yang sama.
4. Perbincangan lain adalah mengenai perancangan untuk mengadakan kejohanan tertutup dan jemputan negeri-negeri berdekatan yang difokuskan pada atlet-atlet bakat dan mungkin menggunapakai peraturan yang sama dengan kejohanan bakat. Tarikh yang dirancang adalah sekitar cuti persekolahan pada bulan ogos nanti. Tindakan seterusnya akan dibincang dengan pihak Majlis Sukan Negeri Kedah dan pihak Bahagian Atlet Majlis Sukan Negara Malaysia.
Sekian, terima kasih.
Laporan disediakan oleh Encik Mohd Syafiq b. Md Ali.
No comments:
Post a Comment