Wednesday, July 26, 2017
LAPORAN PEMANTAUAN PENCARIAN BAKAT KALI KEDUA SUKAN MENEMBAK
Tarikh : 24 Julai 2017
Masa : 8.00 Pagi – 12.00 Tengahari
Tempat : Lapang Sasar Padang Tembak, Pokok Sena
KEHADIRAN :
1. En. Zulkiffli bin Ismail (JPM MSNegeri)
2. En. Sazali bin Dzahuri (JSM USPTN)
3. Puan Nur Ira Mastura binti Baharum (SDO Sukan Menembak)
4. Puan Murni Shafila binti Saad
5. - Atlet : 32 orang
- Guru Pengiring : 2 orang
Program Pencarian Bakat baru kali yang pertama bagi sukan Menembak telah diadakan di SMK Pokok Sena 2 pada 14 Jun 2017. Objektif utama TID ini diadakan adalah bagi mendapatkan bakat baru dalam sukan Menembak dan TID ini hanya dijalankan bagi pelajar tingkatan 1 sahaja.
Seramai 40 orang telah terpilih menjalani pencarian bakat kali kedua di Lapang Sasar Padang Tembak, Pokok Sena dan 32 orang pelajar sahaja yang hadir bersama 2 orang guru pengiring.
Program dimulakan dengan taklimat daripada jurulatih dan aktiviti melawat sekitar lapang sasar. Setelah taklimat daripada jurulatih, para pelajar di beri sarapan yang telah disediakan dan program terus dijalankan sehingga pukul 12.00 tengahari. Pelajar di bahagikan kepada 2 kumpulan iaitu lelaki dan perempuan.
Antara ujian yang dijalankan adalah:-
1. ujian kekuatan
2. ujian daya ketahanan
3. ujian tumpuan
Program yang dijalankan mendapat kerjasama yang baik daripada pihak sekolah dan Majlis Sukan Negeri Kedah.
Sekian, terima kasih.
Laporan disediakan oleh Puan Nur Ira Mastura binti Baharum
Labels:
2017,
MENEMBAK,
PEMANTAUAN,
TID
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment