Tuesday, March 14, 2017

PERJUMPAAN BERSAMA WARIS ATLET SUKAN TENPIN BOWLING






Tarikh :11.03.2017 ( Sabtu )
Masa : 10.00 Pagi
Tempat: Aman Bowl, Aman Central, Alor Setar

Kehadiran :

1. En. Shahardi (JSM)
2. Puan Murni Shafila (SDO)
3. En. Rozaidi (Su Persatuan)
4. Puan Rohani ( Pengerusi Teknikal)
5. Waris atlet – 35 orang
6. Atlet – 50 orang


Perjumpaan waris atlet Sukan Tenpin Bowling melibatkan 35 orang waris yang mana semua waris tersebut merupakan Ahli Persatuan Sukan Tenpin Bowling Negeri Kedah Darul Aman. Perjumpaan waris adalah bertujuan untuk meminta kerjasama dan sokongan serta cadangan daripada waris-waris bagi membantu dalam penambahbaikan serta memajukan Sukan Tenpin Bowling Negeri Kedah. Perjumpaan ini juga untuk menerangkan sasaran dan hala tuju program pembangunan Majlis Sukan Negeri Kedah kepada waris atlet agar dapat memahami sedikit sebanyak mengenai program pembangunan Sukan Tenpin Bowling. Selain daripada itu perjumpaan ini juga adalah untuk memaklumkan kepada waris berkaitan bantuan-bantuan yang disalurkan kepada para atlet seperti bajet kejohanan dan bayaran sewaan lanes. Sewaktu perjumpaan ini juga kita telah berbincang berkaitan bajet, waktu latihan, tempat latihan, penyertaan kejohanan, kos latihan, kos kejohanan, kehadiran atlet, jadual kejohanan dan pencapaian atlet. Jurulatihan juga telah memaklumkan bahawa para atlet akan menjalani latihan intensif bersama ISN pada setiap hari sabtu. Latihana intensif ini bagi membantu meningkat tahap kecergasan dan persediaan atlet sebelum menyertai kejohanan. Dalam perjumpaan tersebut, SDO dan jurulatih telah memaklumkan kepada para waris untuk mengumpul sebanyak RM 70.00 setiap bulan untuk seorang atlet bagi membantu menampung perbelanjaan kejohanan, bayaran sewaan lanes, dan perbelanjaan program yang tidak mencukupi. Hal ini adalah untuk memastikan semua atlet di dalam program pembangunan dapat menyertai semua kejohanan pada tahun 2017. Para waris telah bersetuju untuk pembayaran RM 70.00 tersebut dan seorang waris telah dilantik dan diamanahkan untuk mengumpul dan menguruskan wang tersebut. Pihak MSNK juga menerangkan dan memastikan waris-waris akan lebih berkeyakinan untuk membenarkan atlet ini menghadiri latihan yang akan dijalankan di bawah pengawasan jurulatih JPM (Encik Amdia) dan JSM (Encik Shahardi).


Sekian, Terima Kasih.
Laporan Disediakan Oleh Puan Murni Shafila Binti Saad.

No comments:

Post a Comment