Monday, February 6, 2017

LAPORAN PEMANTAUAN STATE EVALUATION SUKAN TENPIN BOWLING









Tarikh: 03 dan 04 Feb 2017 ( Jumaat dan Sabtu )
Masa: 03.00 Petang
Tempat: Aman Bowl, Aman Central, Alor Setar dan Park Avenue Bowling Centre, Taman Sejati.

KEHADIRAN :


1. En. Amdia ( JPM USPTN )
2. En. Shahardi Mohd Hamzah ( JSM USPTN
3. Ahli – ahli persatuan
4. Atlet–23 orang (Aman Bowl), 28 orang (Park Avenue).


ULASAN:

State Evaluation Sukan Tenpin Bowling ini diadakan selama 2 hari iaitu pada 03 hingga 04 Februari 2017 yang mana program ini diadakan di Aman Bowl, Aman Central, Alor Setar dan Park Avenue Bowling Centre, Taman Sejati. Program ini bermula pada jam 3 petang dan sesi pendaftaran pada jam 2.00 petang. Dua venue berasingan telah dipilih oleh Persatuan Tenpin Bowling Negeri Kedah Darul Aman bagi tujuan memudahkan atlet-atlet dari daerah-daerah berdekatan untuk sertai State Evaluation. Seramai 51 orang atlet telah menyertai State Evaluation yang mana 23 orang dari Aman Bowl dan 28 orang dari Park Avenue. Setiap atlet sertai State Evaluatin perlu membayar yuran penyertaan sebanyak RM 20.00. Jurulatih USPTN telah memantau atlet yang mana berpotensi untuk dimasukan ke dalam program dan untuk menyertai National Evaluation pada 7 Februari 2017 nanti. 40 orang atlet telah terpilih untuk sertai National Evaluation dan rata-rata atlet yang terpilih adalah atlet yang telah berada dalam program.

Setelah selesai pemantauan dan pemilihan daripada jurulatih, para ibubapa telah dikumpulkan untuk sesi taklimat bersama SDO dan jurulatih. SDO dan Jurulatih telah menerangkan berkaitan program USPTN iaitu berkaitan latihan, kejohanan, pemilihan atlet untuk sertai kejohanan, bajet kejohanan dan bajet peruntukan program latihan setiap bulan.


Sekian terima kasih.
Laporan disediakan oleh Puan Murni Shafila Binti Saad.​

No comments:

Post a Comment