Tuesday, October 11, 2016

LAPORAN MESYUARAT JAWATANKUASA PERSATUAN BADMINTON KEDAH






Tarikh: 04 Oktober 2016 ( Selasa )
Masa: 8.30 Malam
Tempat: Bilik Mesyuarat KBA, Alor Setar

KEHADIRAN :
1. Dato' Teoh Teng Chor ( Presiden Persatuan )
2. Mr Goh Yen Yen ( Setiausaha Kehormat Persatuan )
3. En Teguh Yudiadha ( JPM MSNK )
4. Pn Hildawati ( JPM Persatuan )
5. Cik Ong Shu Voon ( JPM MSNK )
6. En Neow Beng Seong ( JSM PLD )
7. En Ari Ansori ( JPM Persatuan )




ULASAN PERBINCANGAN

1. YBhg Dato' memberikan kata-kata aluan dan mengucapkan ribuan terima kasih diatas kehadrian semua ke mesyuarat tersebut.
2. Ketua Jurulatih Pn Hildawati melaporkan mengenai prestasi atlet di Sukma Sarawak dan Kedah berjaya membawa pulang 1 pingat perak.
3. PN Hildawati juga memaklumkan mengenai prestasi atlet lama dan baru yang semakin memberansangkan berdasarkan kejohanan-kejohanan yang disertai.
4. Mr Goh Yen Yen ( S/U Persatuan ) memaklumkan mengenai 2 orang atlet dari skuad KBA telah terpilih untuk menyertai Kem Latihan Badminton di Jepun anjuran Astro.
5. Beliau juga memaklumkan terdapat isu dimana tarikh atlet tersebut ke Kem Latihan di Jepun sama tarikh dengan Kejohanan Inter State Umur 12 dan 15 Tahun Lelaki dan Wanita.
6. Mr Goh juga memaklumkan pihak Astro langsung tidak berurusan dengan pihak persatuan mengenai hal tersebut ini sedikit mendapat reaksi dari YBhg Dato' Presiden.
7. Mr Goh juga memaklumkan seramai 3 orang atlet dari skuad KBA terpilih untuk menyertai 2 kelab badminton bagi mewakili mereka ke Kejohanan Badminton Purple League iaitu Bukit Cheras BC dan Georgetown BC.


Sekian terima kasih.
Laporan disediakan oleh En Hafizuddin Bin Mohamad Rodzi

No comments:

Post a Comment