Sunday, August 28, 2016

LAPORAN PEMANTAUAN SUKAN ANGKAT BERAT








Tarikh: 24 Ogos 2016 ( Rabu )
Masa: 5.00 Petang
Tempat: Dewan Angkat Berat SMK Alor Janggus

KEHADIRAN :
1. En. Abd Malik Bin Abd Rahman ( JPM )
2. En Abdul Malek Desa ( JSM )
3. Atlet – 11 Lelaki, 1 Perempuan



LATIHAN
1. Warm Up
2. Wide Grip Press
4. Clean & Jerk ( Teknik )
5. Back Squat
4. Free Exercise



UJIAN
- Tiada


PERTANDINGAN
- Tiada


KECEDERAAN
- Tiada


PERALATAN
- Paltform yang telah uzur dan bar yang tidak mencukupi untuk menampung jumlah atlet yang ramai.


PROGRAM BINAAN
- 2 orang atlet terpilih untuk menyertai Kem Bakat Angkat Berat Siri 2 / 2016 yang diadakan di Kompleks Sukan Majlis Sukan Negara Rompin, Pahang pada 26 hingga 31 Ogos 2016.


ULASAN

1. Kehadiran atlet memuaskan kecuali kehadiran atlet wanita. Atlet lelaki menunjukkan kehadiran yang memuaskan dan peningkatan prestasi dari segi angkatan.
2. Atlet diberi cuti selama 2 hari selepas pertandingan di Karnival Bakat Siri 2 dan atlet meneruskan latihan seperti biasa.
3. Jurulatih mengambil inisiatif menjalankan latihan 2 sesi pada hari Sabtu iaitu sesi pagi kecergasan dan sesi petang pula menjalani latihan seperti biasa.
4. Atlet yang bertanding di Karnival Bakat menunjukkan peningkatan yang sangat baik dari segi angkatan dan berjaya memperolehi 2 pingat emas dan 1 perak melalui pusat latihan ini.
5. Jadual atlet menjalani latihan penyesuaian fizikal di Gimnasium ISN Kedah akan diatur oleh pihak ISN dan sesi berikut akan dijalankan pada musim cuti sekolah.


Sekian terima kasih.
Laporan disediakan oleh En Hafizuddin Bin Mohamad Rodzi

No comments:

Post a Comment