Sunday, May 10, 2015

Kejohanan KFC 17th Tunku Laxamana Open Regatta 2015 ( Hari Pertama)






Kejohanan: Kejohanan KFC 17th Tunku Laxamana Open Regatta 2015
Tempat: Port Dickson, Negeri Sembilan
Tarikh: 8-10 Mei 2015


Laporan hari pertama


Seramai sembilan orang atlet pelapis negeri Kedah telah sertai kejohanan pada kali ini mengikut acara seperti berikut:


Optimist A: 3 lelaki
Optimist B: 1 lelaki 2 wanita
Optimist C: 1 lelaki
Windsurf: 1 lelaki
Laser 4.7: 1 lelaki


Atlet-atlet pelapis Kedah memulakan physical training pada jam 7.00 pagi sebelum mula kejohanan yang berlangsung pada sesi petang.


Kejohanan pada hari pertama bermula pada jam 3.00 petang dan hanya menyaksikan satu perlumbaan sahaja dilakukan bagi kategori optimist manakala dua perlumbaan bagi kategori windsurf dan laser 4.7. Keputusan daripada perlumbaan pada hari ini bagi atlet pelapis Kedah adalah seperti berikut:


Optimist A: Hasrizal Akmal (No.7), Syukri Hakim (No.11) & Mohd Farid (No.15).
Optimist B: Shahrul Fitri (No.1), Shahidatul Athirah (No.11) & Syarifah Alia (No.13).
Optimist C: Mohd Azahar (No.1).
Windsurf: Mohd Naim (No.5).
Laser 4.7: Adifakurbakiah (No.12).


Perlumbaan pada hari pertama tamat pada jam 5.30 petang sebelum acara makan malam yang diadakan pada jam 8.00 malam.


Kejohanan pada hari kedua akan bermula pada jam 9.00 pagi esok.


Sekian, terima kasih.
Laporan disediakan oleh EN. Mohd Syafiq b. Md Ali.

No comments:

Post a Comment