Monday, April 20, 2015

LAPORAN KEJOHANAN MEMANAH TERBUKA UUM 2015









Tarikh : 15 hingga 19 April 2015
Masa : 8.00 am hingga 5.00 pm
Tempat : Lapang Sasar Memanah Kompleks Sukan UUM, Sintok, Kedah
Bilangan Atlet : 4 Lelaki, 4 Wanita = 8 orang atlet


Kejohanan yang berlangsung selama 5 hari ini telah mengumpulkan sebanyak 39 pasukan yang turut disertai oleh pasukan Elit Kebangsaan, Pelapis Kebangsaan, Kelab Memanah Negeri, Pelapis Negeri dan pasukan luar negara iaitu Pasukan Memanah Singapura. Pasukan Pelapis Kedah juga tidak terkecuali menyertai kejohanan ini dan telah disertai oleh serami 8 orang atlet terdiri daripada 4 orang atlet lelaki dan 4 orang atlet memanah bagi acara recurve, 2 orang jurulatih iaitu En Kamal Ariffin Hamid dan En Nadzry Hashim serta diiringi oleh PPN En Hafizuddin Rodzi ( Pengurus Pasukan ) dan Pn Azlina selaku Guru Pengiring.


Hari pertama dimulakan dengan mesyuarat pengurus pasukan bertempat di Kompleks Sukan UUM pada jam 10 pagi dan semua pertukaran dan perubahan pasukan masing-masing telah dipersetujui oleh semua pengurus serta pihak penganjur. Semua atlet melakukan latihan sepanjang hari pertama kejohanan.


Hari Pertama ( 16.04.2015 ) dimulakan dengan acara recurve lelaki/wanita dan kesemua atlet Kedah terlibat dalam acara ini. Berikut merupakan keputusan pemanah Kedah dalam acara recurve :


Lelaki Individu ( Recurve )
1. Muhd Mustaqim Rusli = 560 ( Kedudukan : 42 )
2. Muhd Nazer Jamil = 550 ( Kedudukan : 49 )
3. Muhamad Syahmi = 529 ( Kedudukan : 64 )
4. Muhamad Azfar = 524 ( Kedudukan 67 )


Wanita Individu ( Recurve )
1. Fakhira Mat Isa = 508 ( Kedudukan : 24 )
2. Nur Alia Amira Jamaluddin = 438 ( Kedudukan : 43 )
3. Aliah Mohd Nur Husni = 438 ( Kedudukan : 44 )
4. Auni Aqilah = 455 ( Kedudukan : 41 )


Ulasan Hari Pertama
- Semua atlet telah melakukan yang terbaik dan kebanyakkan atlet yang menyertai kejohanan ini adalah masih baru dan kelihatan agak gugup ketika bertanding.


Hari Kedua ( 17.04.2015 )
Acara Compound dijalankna dan semua atlet Kedah tidak terlibat. Semua atlet Kedah menjalankan latihan pada waktu pagi dan petang.


Hari Ketiga ( 18.04.2015 )
Hari Ketiga mempertandingkan bagi kategori Berpasukan Recurve dan pasukan Kedah diwakili oleh Muhd Mustaqim Rusli, Muhd Nazer Jamil, Muhamad Syahmi, dan Muhamad Azfar. Pasukan Lelaki Kedah telah melakukan score sebanyak 1639 dan berada dalam kedudukan 14. Bagi pasukan Wanita pula telah mengumpulkan score sebanyak 1401 dan berada dalam kedudukan 12.


Pasukan Kedah lelaki dan Wanita juga menyertai pusingan Olympic Round ( Recurve ) dan pada pusingan pertama Pasukan Wanita Kedah telah menentang pasukan dari Pasukan Pemanah Unisza dah telah tewas dengan mata 0 - 6 manakala Pasukan Pemanah Pelapis Kedah Lekaki telah bertemu pasukan Pemanah PKS dan telah tewas dengan mata 2 - 6 serta tidak layak ke pusingan seterusnya.


Acara Berpasukan Campuran ( Mixed Team ) juga telah dijalankan pada sebelah petang dan pasukan kedah telah diwakili oleh Fakhirah Mat Said dan Muhd Mustaqim. Jumlah score yang dicatatkan oleh kedua-dua pemanah ini adalah 1068 dan berada pada kedudukan ke 12.


Hari Keempat ( 19.04.2015 )
Hari keempat mempertandingkan bagi acara Recurve Olympic Round Individu Lelaki dan Wanita dan Pasukan Kedah diwakili oleh Mohd Syahmi dan Muhd Mustaqim Rusli. Mohd Syahmi bertemu Khairul Anuar dari Pasukan Elit pasa pusingan pertama dan telah tewas dengan mata 0 - 6. Manakala Mohd Mustaqim Rusli telah bertemu Mohd Fareez ( Pasukan PKS ) dan menang dengan mata 6 - 2. mohd Mustaqim layak ke pusingan seterusnya dan telah tewas kepada pemanah Pelapis Kebangsaan dengan mata 3 - 7 di epringkat suku akhir.
Bagi pemanah wanita pula diwakili oleh Auni Aqilah, Fakhirah Mat Isa dan Aliah Mohd Nur Husni. Auni dan Fakhirah bertemu sesama sendiri dan dimenangi oleh Fakhirah dengan mata 0 - 6 manakala Aliah bertemu pemanah dari pasukan Pahang dan telah tewas dengan mata 2 - 6. Fakhiran mara ke suku akhir dan bertemu dengan pemanah dari Sel-SSMP dan tewas dengan mata 3 - 6.


Acara penyampaian hadiah telah dijalankan pada jam 4.00 petang dan kejohanan tamat pada jam 6 petang.


Dengan itu berakhirnya cabaran Pasukan Memanah Kedah di kejohanan ini dan diharapkan para pemanah kedah memperolehi pengalaman dan dapat memperbaiki teknik serta kesilapan yang dilakukan sepanjang kejohanan ini semasa kembali menjalani latihan di PLN masing-masing. Tahniah dans elamat maju jaya.

Sekian, terima kasih.
Laporan disediakan oleh En. Hafizuddin Mohd Rodzi.

No comments:

Post a Comment