Wednesday, May 14, 2014

LAPORAN TID MENEMBAK













Pada April 2014 pihak USPTN Kedah telah mengadakan satu sesi pencarian bakat (TID) bagi mendapatkan atlet baru untuk dimasukkan di dalam program menembak yang bermula tahun ini di USPTN Kedah. Program tersebut yang mendapat kerjasama baik daripada pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Pokok Sena dari segi tempat dan pelajar telah dapat menarik hampir 100 orang pelajar-pelajar tingkatan 1. Program bermula pada jam 2.30 petang dan berakhir pada jam 5.30 petang selepas sesi jamuan ringan kepada pelajar yang terlibat. Program dijalankan sepenuhnya oleh jurulatih, En. Zulkefli dan dibantu oleh pihak USPTN. Selesai sesi pertama, En. Zulkefli telah menyenaraikan seramai 30 orang pelajar yang layak untuk ke sesi kedua TID.

Sesi kedua dijalankan di Lapang Sasar Menembak Pokok Sena pada 9 dan 10 Mei 2014 dimana pihak USPTN Kedah telah menjemput wakil daripada pihak sekolah dan ibu bapa untuk memberi taklimat ringkas mengenai program USPTN Kedah dan sedikit jamuan ringan.

Turut hadir sama semasa program tersebut ialah Pengarah Majlis Sukan Negeri Kedah, En. Mahazi, Ketua Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri, En Farid dan staf-staf USPTN Kedah. Sesi kali ini lebih menjurus kepada pemilihan untuk mendapatkan kategori acara bagi setiap atlet iaitu acara Air Pistol ataupun Air Rifle.

Selepas ini, pihak jurulatih akan memberi senari pendek atlet yang layak dimasukkan di dalma program dan pihak USPTN Kedah akan mendaftarkan atlet tersebut di dalam program bagi tahun 2014.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.


Sekian, terima kasih.
Laporan disediakan oleh Mohd Syafiq b. Md Ali.

LAPORAN PEMANTAUAN SUKAN GIMNASTIK







Tarikh: 11 Mei 2014
Masa: 5.00 Petang
Tempat: SK Jitra 3

Kehadiran:
1. En. Faiz Bin Azmeer
2. Atlet - 9 lelaki, 6 wanita

LATIHAN
1. Latihan fizikal (melembutkan badan)
2. Latihan kecergasan

UJIAN
-Tiada


PERTANDINGAN
-Atlet dalam persiaapan untuk menyertai kejohanan kejohanan MSSK yang akan berlangsung daripada 15-17 Mei 2014.


KECEDERAAN
-Tiada


PERALATAN
-PB
-HB
-Springboard
-Mats


PROGRAM BINAAN
-Tiada

ULASAN
1. Latihan berjalan seperti biasa dan lebih fokus kepada atlet yang akan menyertai kejohanan MSSK.
2. Mesyuarat JKK akan diadakan dalam masa terdekat dan bersama dengan mesyuarat dengan pihak JPN mengenai pembinaan dewan gimnastik di Sungai Petani.


Sekian, terima kasih.
Laporan disediakan oleh Mohd Syafiq b Md Ali.

Sunday, May 11, 2014

6TH KFC – TUNKU LAXAMANA / NSC OPEN REGATTA 2014









NAMA KEJOHANAN : 6TH KFC – TUNKU LAXAMANA / NSC OPEN REGATTA 2014
TEMPAT : PORT DICKSON, N.SEMBILAN
TARIKH : 1 – 5 MEI 2014
STATUS KEJOHANAN : KEBANGSAAN


Kejohanan ini telah disertai oleh 11 pasukan yang terdiri daripada pasukan KSA, PSC, MSN Perak, Melaka, Pahang, Sabah, Johor, P.Pinang, Perlis, TESA dan satu pasukan dari luar negara iaitu pasukan BATAM dari Indonesia. Pasukan Pelapis Pelayaran Kedah telah menghantar seramai 10 orang atlet, seorang jurulatih, seorang pembantu jurulatih, dan seorang pegawai USPTN Kedah, dan seorang pegawai pengiring wanita. Berikut merupakan laporan sepanjang kejohanan :


Hari Pertama

- Semua atlet menjalani latihan fizikal pada pukul 7 pagi dan pertandingan berlangsung pada jam 2.30 petang. Semua atlet telah bersiap sedia dan kelengkapan bot yang disewa daripada Persatuan Perahu Layar N.Sembilan mengcukupi dan terdapat masalah pada bot laser 4.7 kerana keadaan bot yang kurang memuaskan. Keadaan angin pada perlumbaaan pada petang itu adalah 3 hingga 5 knot dan cuaca pula berada pada tahap 30c. Sebanyak 2 perlumbaan dapat dijalankan pada petang tersebut memandangkan kelajuan angin yang perlahan dan ini membei kelebihan kepada pelayar yang mempunyai beban tubuh badan yang ringan untuk memastikan bot dapat bergerak laju. Perlumbaan tamat pada pukul 6.30 petang.



Hari Kedua

- Perlumbaan pada hari kedua bermula pada pukul 10.30 pagi dan semua atlet telah bersiap sedia untuk turun ke laut. Persiapan dari segi keadaan bot dan layar di beri penekanan oleh jurulatih supaya tidak ada maalah akan timbul apabila perlumbaan dijalankan. Keadaan angin berkelajuan 4 hingga 7 knot dan cuaca mengjangkau 30c. Atlet diminta untuk sentiasa meminum air kerana cuaca yang sangat panas dan salah seorang atlet Int 4.20 Pelapis Kedah telah pitam ketika perlumbaan dijalankan dan terpaksa dibawa ke hospital untuk menerima rawatan lanjut. Semua atlet menunjukkan prestasi yang memberangsangkan dengan berada pada kedudukan yang baik untuk memperolehi pingat terutamanya dalam acara optimist. Perlumbaan tamat pada jam 5 petang.



Hari Ketiga

- Perlumbaan pada hari ketiga bermula pada jam 10.00 pagi dan semua telah berada di venue kejohanan pada jam 8.30 pagi untuk melakukan bot trim dan ‘setting boat’ dilakukan kerana keadaan angin semakin meneingkat/menurun. Kelajuan angin dijangka 6 – 8 knot dan perlumbaan berjalan dengan lancar. Salah seorang atlet mengalami alahan semasa berada dilaut dan dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. Jurulatih memberi penekanan mengenai kedudukan atlet semasa beada di starting line untuk lebih senang bergerak dengan lebih laju dan memastikan berada daam kedudkan yang baik untuk memperolehi pingat.
Berikut merupakan pungutan pingat yang diperolehi oleh Pasukan Pelayaran Pelapis Kedah :

Nama
Kategori
Pingat
Imran Hans Ring Vold
Optimist A
2 emas
Mohd Syafie Bin Ali
Optimist B
1 emas & 1 perak
Mohd Shahrul Fitri
Optimist C
1 emas

Diucapkan sekalung tahniah kepada semua atlet dan jurulatih serta diharapkan prestasi atlet dapat ditingkatkan lagi pada kejohanan akan datang dan seterusnya dapat memajukan sukan pelayaran Kedah.

Sekian, terima kasih.
Laporan disediakan oleh Hafizuddin b. Mohd Rodzi.

Monday, May 5, 2014

LAPORAN PEMANTAUAN SUKAN TAEKWONDO






TARIKH : 3 Mei 2014
MASA : 10.00 pagi
TEMPAT : Hindu Sabha Kulim

KEHADIRAN :
1. En.Solaimurugam A/L Anandayah (JSM)
2. Atlet : 6 Lelaki, 4 Perempuan

LATIHAN :
1. Latihan kecergasan
2. Teknik berlawan


UJIAN :
- Tiada


PERTANDINGAN :

-


PERALATAN :
-


PROGRAM BINAAN :
-Tiada



ULASAN :
1. Latihan dijalankan mengikut masa yang ditetapkan.
2. Terdapat beberapa atlet tidak dapat hadir menjalani latihan kerana menjalani latihan praktikal dan terlibat dengan aktiviti sekolah.

Sekian, terima kasih.
Laporan disediakan oleh Mohd Syahir bin Mohd Sabri.

LAPORAN PEMANTAUAN SUKAN SKUASY







Tarikh : 28 April 2014 (Isnin)
Masa : 4.00 Petang
Tempat : Kompleks Sukan Muadzam Shah


KEHADIRAN :

1. En. Chong Pakkau (JPM)
2. Atlet - 14 Lelaki.
- 10 Perempuan


LATIHAN
1. Volley crosscourt
2. Fun games


UJIAN
- Tiada


PERTANDINGAN
- Pasukan Skuasy akan menyertai CIMB National Junior Championship 2nd Leg-2014 yang akan diadakan pada 30 April hingga 4 Mei 2014 bertempat di Gelanggang Skuasy MSP, Kuantan Pahang. Antara pemain yang bermain untuk kejohanan itu nanti adalah, Mivesh Kumar, Haikal Aiman, Nurul Izzah, Aifa Azman, Nazihah Hanis dan Lee Ming Qi.


KECEDERAAN
-


PROGRAM BINAAN
-


ULASAN
1. Latihan bermula mengikut jadual.
2. Terdapat beberapa pemain tidak hadir menjalani latihan kerana menghadiri kelas tambahan.
3. Pemain baru dilihat dapat menguasai teknik-teknik yang diajar.

Sekian Terima Kasih.
Laporan disediakan oleh Mohd Syahir b. Mohd Sabri