Thursday, October 2, 2014

LAPORAN PEMANTAUAN SUKAN ANGKAT BERAT






Tarikh: 28 September 2014 ( Ahad )
Masa: 5.00 Petang
Tempat: Dewan Angkat Berat SMK Alor Janggus

KEHADIRAN :

1. En Abd Malek Bin Rahman
2. Atlet – 15 Lelaki, 1 Wanita



LATIHAN
1. Snatch Pull
2. Back Squat
3. Wide Grip Jerk Press
4. Latihan Kecergasan


UJIAN
- Tiada



PERTANDINGAN
- Pasukan Angkat Berat Pelapis Kedah melakukan persiapan ke Kejohanan Angkat Berat Remaja Kebangsaan Bawah 16 dan 12 Tahun 2014 pada 15 – 20 Oktober 2014 bertempat di South City Plaza, Seri Kembangan, Selangor.



KECEDERAAN
- Fakrunaim Bin Ibrahim dan Nur Hannis Abu Bakar mengalami sedikit kecederaan di pinggang dan lutut dan jurulatih menyarankan mereka menjalani latihan ringan.



PERALATAN
- Tiada


PROGRAM BINAAN
- Tiada.



ULASAN
1. Kehadiran atlet kurang memuaskan kerana ramai atlet terlibat dengan aktiviti sekolah.
2. Angkatan atlet-atlet baru menunjukkan prestasi yang baik dan cadangan dari jurulatih supaya atlet yang berpotensi akan dibawa memasuki kejohanan pertama pada tahun ini.
3. Salah seorang atlet iaitu Nur Aisyah Binti Mahamud telah pun melapor diri untuk menjalani latihan bersama Pelapis Kebangsaan pada 7 September 2014 hingga 31 Disember 2014.
4. PPN menekankan aspek kebersihan dewan yang agak sedikit tidak terurus dan memohon kepada jurulatih supaya menitikberatkan aspek kebersihan dalam dewan.
5. Beberapa atlet direhatkan dari menjalani latihan berat kerana mengalami kecederaan ringan di lutut dan pinggang dan jurulatih menyarankan mereka menjalani latihan ringan sebelum menjelang hari pertandingan.



Sekian Terima Kasih
Laporan Disediakan Oleh En. Hafizuddin Rodzi

No comments:

Post a Comment