Thursday, July 17, 2014

LAPORAN PEMANTAUAN SUKAN ANGKAT BERAT






Tarikh: 14 Julai 2014 ( Isnin )
Masa: 5.00 Petang
Tempat: Dewan Angkat Berat SMK Alor Janggus

KEHADIRAN :
1. En Abd Malek Bin Rahman
2. Atlet – 8 Lelaki, 2 Wanita


LATIHAN
1. Standing Clean and Jerk
2 . Clean Pull


UJIAN
- Tiada


PERTANDINGAN
- Pasukan Angkat Berat Pelapis Kedah melakukan persiapan ke Kejohanan Antara Zon yang akan diadakan di Pahang pada 19 – 21 September 2014.


KECEDERAAN
- Tiada


PERALATAN
- Keadaan platform yang telah diganti dengan platform baru hasil dari bantuan Majlis Sukan Negeri Kedah.


PROGRAM BINAAN
- Program TID dan Klinik Sukan akan diadakan di SMK Alor Janggus dan tarikh belum ditentukan lagi.


ULASAN
1. Kehadiran atlet kurang memberangsangkan kerana ada atlet yang telah letih setelah melalui aktiviti pembelajaran di sekolah.
2. Jurulatih memberi sedikit teguran kepada atlet-atlet mengenai disiplin atlet yang yang sedikit merosot ketika menjalani latihan.
3. PPN diberitahu oleh pihak sekolah bahawa pihak JPN terutamanya Pengarah JPN Kedah akan membuat lawatan ke Pusat Latihan ini dan akan memberi peruntukkan kepada pihak sekolah untuk menaiktaraf pusat latihan ini berikutan kejayaan 2 atlet sekolah ini yang telah memperolehi 3 pingat gangsa di SUKMA Perlis 2014.
4. TID dan Klinik Sukan akan dijalankan selepas puasa bagi menambah jumlah atlet terutamanya atlet wanita.


Sekian Terima Kasih
Laporan Disediakan Oleh En. Hafizuddin Rodzi

No comments:

Post a Comment