Monday, April 7, 2014

LAPORAN PEMANTAUAN ANGKAT BERAT








Tarikh: 6 April 2014 ( Ahad )
Masa: 5.00 Petang
Tempat: Dewan Angkat Berat SMK Alor Janggus

KEHADIRAN :
1. En. Abdul Malek Bin Abdul Rahman
2. Atlet – 9 Lelaki, 2 wanita


LATIHAN
1. Standing Snatch 80% - 90% x 6 set
2 . Snatch Pull 100% x 6 set
3. Back Squat 90% x 6 set

UJIAN
- Tiada


PERTANDINGAN
- Pasukan Angkat Berat Pelapis Kedah melakukan persiapan untuk menyertai Kejohanan Angkat Berat Karnival Remaja Kebangsaan Siri 1 / 2014 bertempat di Dewan IKBN Kuala Perlis, Perlis pada 22 – 27 April 2014.


KECEDERAAN
- Tiada


PERALATAN
- Platform dan lantai dewan yang telah mengalami kerosakn yang teruk.


PROGRAM BINAAN
- Seramai 3 orang atlet telah dipilih untuk menyertai Program Jangka Panjang 2020/2024 ( T20 ) pada 28 – 30 April 2014 bertempat di Pusat Ilmu, Janda Baik, Pahang.


ULASAN
1. Kehadiran atlet yang agak memuaskan dan kehadiran atlet baru amat memberansangkan.
2. Peralatan seperti platform dan dewan antai yang semakin teruk menjejaskan latihan yang dijalankan dan hasil perbincangan dengan pihak sekolah mereka akan membaiki dewan lantai dan PPN akan memohon sedikit peruntukan dari MSN Kedah untuk membaiki platform.
3. Jurulatih mengadakan sesi perbincangan bersama atlet dan bertanyakan mengenai hal-hal persekolahan dan akademik atlet di sekolah.
4. PPN menekankan aspek disiplin dalam latihan dan sesi persekolahan supaya mematuhi segala peraturan sekolah kerana terdapat rungutan dari pihak sekolah berkaitan masalah disiplin atlet di dalam kelas.


Sekian Terima Kasih.
Laporan Disediakan Oleh En. Hafizuddin Rodzi.

No comments:

Post a Comment