Sunday, March 2, 2014

LAPORAN KEJOHANAN MEMANAH KEBANGSAAN SIRKIT 1 2014







Pada 26 Februari 2014, Persatuan Pemanah Negeri Kedah telah menganjur Kejohanan Memanah Kebangsaan Sirkit 1 2014 yang bertempat di Stadium Sultan Abdul Halim. Kejohanan ini berlangsung selama 5 hari termasuk 'sighters'.

Bagi pasukan Negeri Kedah, seramai 12 orang atlet bagi kategori 'recurve' dan seramai 8 orang daripada kategori 'compound' menyertai kejohanan ini. Atlet bagi kategori 'recurve' adalah atlet dibawah program pelapis negeri. Kesemua atlet Kedah yang menyertai kejohanan ini merupakan atlet tapisan terakhir bagi memilih atlet yang akan ke Sukma Perlis 2014 kelak. Menurut JSM, atlet yang mendapat mata tertinggi dalam kejohanan kali ini akan dipilih untuk ke Sukma.
Bagi kejohanan kali ini, peruntukan adalah daripada Majlis Sukan Negeri Kedah sepenuhnya.

Hari pertama (26 Feb 2014) adalah hari pendaftaran dan 'sighters' bagi semua atlet yang menyertai kejohanan. Selepas 'sighters' kesemua atled dibawa pulang ke tempat penginapan mereka iaitu di Lavendar Hotel.

Kejohanan pada hari kedua diteruskan pada hari ini.

Sekian, terima kasih.
Laporan disediakan oleh Mohd Syafiq b. Md Ali.

No comments:

Post a Comment