Wednesday, May 8, 2013

LAPORAN PEMANTAUAN SUKAN OLAHRAGA







Tarikh: 7 Mei 2013 ( Selasa )
Masa: 5.00 Petang
Tempat: Stadium Darulaman

KEHADIRAN :  
1. En. Mohd Zam Sairon Bin Mat Dan @ Saadan (JSM)
2. Atlet – 5 Lelaki, 3  Perempuan

LATIHAN
1. Warm Up ( Lari 2 pusingan padang)
2. Drill ABC
3. Teknik Lontaran
4. Teknik Pecutan / Starting
5. Kelajuan / Speed
6. Kekuatan / Strength

UJIAN
- Tiada

PERTANDINGAN
- Pasukan Olahraga Kedah akan menyertai Kejohanan Olahraga Terbuka N.Sembilan 2013 pada 11 hingga 12 Mei 2013 yang akan diadakan di Universiti Malaysia Islam (USIM), Nilai.
- Pasukan Olahraga Kedah juga akan menyertai Kejohanan Olahraga Tertutup Malaysia pada 21 hingga 23 Jun 2013 di Kompleks Sukan Bukit Jalil dan perbelanjaan kejohanan ini ditanggung oleh Persatuan Olahraga Amatur Kedah.

KECEDERAAN
- Tiada

PROGRAM BINAAN
- Seramai 4 orang atlet akan menyertai Kem Bakat Olahraga bagi Acara Lompatan dan Balingan pada 28 Mei hingga 3 Jun 2013  yang akan diadakan di Sekolah Sukan Gambang, Pahang.
- Program Klinik dan TID Sukan akan dijalankan di SMK Dato Bijaya Setia pada 10 dan 11 Jun 2013 dan lebih tertumpu kepada acara Middle Long dan dikendalikan oleh JSM.

ULASAN
1. Latihan dijalankan seperti biasa mengikut jadual yang telah ditetapkan.
2. Jurulatih memberi taklimat tentang latihan yang akan dijalankan terutamanya dalam memperbaiki  teknik pecutan dan lontaran.
3. Kehadiran atlet amat memuaskan.
4. Latihan berjalan dengan lancar dan atlet menjalani latihan dengan bersungguh- sungguh.

Sekian Terima Kasih
Laporan Disediakan Oleh
Hafizuddin Rodzi

1 comment:

  1. Bagaimana nak contact koam kedah?? Boleh tolong bagi nombor telefon orang berkenaan tak?saya berkebolehan dan menang nanti..sekian.

    ReplyDelete