Thursday, January 31, 2013

SESI PENERANGAN PROGRAM PELAPIS DAN SUKAN ANGKAT BERAT






Sesi Penerangan Program Pelapis dan Sukan Angkat Berat kepada Ibu Bapa.

Tarikh : 30 Januari 2013

Masa : 9.30 Pagi

Tempat : Bilik Wawasan, SMK Alor Janggus.

Kehadiran : 1 PPN, 1 JPM Angkat Berat, 3 Guru SMK Alor Janggus, 9 orang waris


Pihak USPTN Kedah dengan Kerjasama pihak SMK Alor Janggus telah mengadakan satu program penerangan berkaitan pelaksanaan program pelapis kepada ibu bapa pelajar sukan Angkat Berat. Program ini juga merupakan kesinambungan dari program TID yang telah dijalankan pada 27 dan 28 Januari 2013 yang lalu. Penerangan ini hanya ditumpukan kepada ibu bapa pelajar-pelajar wanita yang baru terpilih semasa menjalani ujian TID yang lalu sahaja, ini adalah kerana pelajar-pelajar tersebut tidak mendapat sokongan daripada ibu bapa masing.

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan dari YBhg Puan Hajjah Rahmah iaitu pengetua SMK Alor Janggus. Pembentangan berkaitan Program Pelapis telah diberikan oleh pihak USPTN Kedah. Seterusnya sedikit penerangan berkaitan Sukan Angkat Berat dan berkenaan jadual latihan diberikan oleh Jurulatih Angkat Berat iaitu En. Mohd Norshah Rizal.

Sesi soal jawab juga turut dibuka kepada ibu bapa dan pelajar untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan Sukan Angkat Berat ataupun Program Pelapis.

Sesi penerangan ini juga turut menyatakan peranan ibu bapa dalam membantu melaksanakan program di peringkat sekolah. Pihak sekolah juga memaklumkan kepada ibu bapa bahawa pihak sekolah telah mendapat kelulusan dari pihak JPN untuk membina Dewan latihan Angkat Berat "Mini Gymnasium" supaya latihan dijalankan dengan lebih selesa. Dalam sesi penerangan ini juga turut memperjelaskan mengenai hala tuju pelajar dalam bidang sukan yang diceburi. Turut dijemput semasa sesi penerangan ini adalah 2 atlet senior wanita yang telah  mencapai kejayaan mengharumkan nama sekolah sebagai penyuntik semangat kepada pelajar-pelajar baru terutamanya pelajar wanita  untuk menceburi sukan Angkat Berat. Hasil dari sesi penerangan ini, 5 atlet wanita sahaja yang meneruskan minat untuk menceburkan diri dalam sukan Angkat Berat.

Ucapan terima kasih kepada pihak sekolah SMK Alor Janggus dalam membantu dan berkerjasama untuk melancarkan pelaksanaan program ini.

Sekian, terima kasih.
Laporan disediakan oleh Akmal bin Hashim.

No comments:

Post a Comment