Wednesday, December 12, 2012

MESYUARAT PENGURUS PASUKAN SUKAN ANGKAT BERAT.






Tempat : Bilik Mesyuarat Kompleks Akuatik, Shah Alam

Masa : 8.30 Malam.

Mesyuarat dimulakan dengan semua pengurus pasukan dan jurulatih membuat semakan semula berkaitan dengan pendaftaran dan membuat pengesahan setiap kategori lelaki dan wanita.

Untuk makluman tuan jumlah keseluruhan penyertaan pada Karnival kali ini adalah seramai 102 atlet.

Seramai 8 orang atlet Kedah telah menyertai Karnival pada kali ini iaitu 5 atlet lelaki dan 3 atlet wanita dan 2 jurulatih. Pasukan Kedah telah membuat sedikit perubahan kategori wanita iaitu Nuraisyah Bt Mahamud iaitu dari Kategori 48Kg kepada 53Kg dan Kategori lelaki  iaitu Ku Muhamad Yuzir Bin Ku Ibrahim dari Kategori 77Kg kepada 85Kg.

Berkenaan dengan peraturan pertandingan, tiada perubahan dilakukan dan semua pengurus pasukan dan jurulatih bersetuju dengan peraturan yang telah ditetapkan dan tiada isu berbangkit.

No comments:

Post a Comment