Monday, October 22, 2012

KEJOHANAN ANGKAT BERAT BAWAH 16 TAHUN KEBANGSAAN










Tarikh: 18 hingga 21 Oktober 2012
Tempat : Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Negeri Sembilan
Penyertaan: 4 atlet lelaki, 2 atlet wanita dan 2 Jurulatih

Pada kejohanan kali ini, 2 pingat dipertandingkan setiap kategori iaitu melalui acara Snatch dan Clean & Jerk. Untuk penyertaan Pasukan Angkat Berat Negeri Kedah pada kali ini, menyumbangkan pingat sebanyak 2 Emas dan 2 Perak. Bagi pingat emas diperolehi daripada atlet wanita iaitu Farhana Nabila Kategori 58KG dengan angkatan Snacth 45kg dan Clean&Jerk 53kg , manakala pingat Perak juga diperolehi melalui atlet wanita iaitu Nurnisha Izzureen kategori 48kg dengan angkata Snacth 40kg dan Clean& Jerk 50kg. Keputusan bagi atlet-atlet lelaki adalah seperti berikut:

1. Mohd Syamil Iqmal B. Abu Bakar Kategori 69KG (Snacth : Tiada angkatan, Clean&Jerk, Tiada angkatan) 
2. Mohd Redwan B. Hussain Kategori 62KG (Snacth : 65kg, Clean&Jerk : Tiada angkatan) 
3. Fakrunnaim B. Ibrahim Kategori 50KG (Snacth : 52kg pecah rekod peribadi, Clean&Jerk : Tiada angkatan).
 4. Nur Hamizan B. Abu Bakar Kategori 50KG(Snacth : Tiada angkatan, Clean&Jerk : Tiada angkatan).

Seorang atlet lelaki yang mengalami kecederaan lutut semasa membuat angkatan snacth iaitu Mohd Syamil Iqmal, oleh itu jurulatih membuat keputusan untuk menarik diri dalam acara Clean&Jerk supaya tidak mengalami kecederan yang lebih serius.Terdapat juga atlet yang telah memecah rekod peribadi iaitu Fakrunnaim dalam acara Snacth iaitu dari 50kg kepada 52kg. Atlet-atlet lelaki agak gugup memandangkan ini adalah kali pertama mereka menyertai kejohanan peringkat kebangsaan.

Sekian, terima kasih.
Laporan disediakan oleh Akmal b. Hashim

No comments:

Post a Comment