Wednesday, August 1, 2012

LAPORAN PEMANTAUAN SUKAN TINJU




Tarikh     : 29 JULAI 2012
Masa       : 10.00PM - 11.30 PM
Tempat   : SMK KUALA NERANG, KUALA NERANG. ( Pusat Latihan Sokongan )

Kehadiran: 

1. Sarlizam Bin Ibrahim - JSM
2. 13 atlet

LATIHAN

1. School Boxing 
2. Sircuit Training

UJIAN

-Tiada-

PERTANDINGAN

-Tiada-

KECEDERAAN

-Tiada-

PERALATAN

1. Peralatan seperti Punch Bag telah rosak dan tidak boleh digunakan.
2. Semasa latihan jurulatih meminjam Punch Bag daripada persatuan Tomoi Kubang Pasu.

PROGRAM BINAAN

-Tiada-


ULASAN

1. Latihan berjalan seperti biasa walau pun di bulan ramadan. Jurulatih memaklumkan untuk bulan ramadan, latihan hanya akan dilakukan di sebelah malam sahaja iaitu selepas solat terawih. Latihan akan bermula pada pukul 10.00 malam hingga 11.30 malam dan dilakukan pada hari Jumaat,Ahad dan Selasa.
 
2. Jurulatih memaklumkan hasil perbincangan bersama JSM Ganesan, selepas Hari Raya Aidilfitri akan mengadakan satu program sparing bersama pusat latihan SMK Baling yang akan diadakan di Pusat Latihan Tinju, Majlis Sukan Negeri Kedah.

3. Jurulatih juga memaklumkan peralatan untuk latihan seperti punch bag telah rosak dan memohon jasa baik daripada pihak USPTN memberi sedikit bantuan untuk menggantikan punch bag yang sedia ada.

4. Latihan berjalan lancar walaupun di bulan ramadan dan atlet-atlet dapat menerima dan memahami latihan yang diberikan oleh jurulatih serta memberi komitmen yang tinggi.


Sekian terima kasih.

Laporan di sediakan oleh:

Mohd Zam sairon Bin Mat Dan @ Saadan

No comments:

Post a Comment