Thursday, May 24, 2012

UJIAN ANGKATAN SUKAN ANGKAT BERAT


Ujian Angkatan bagi atlet-atlet Sukan Angkat Berat telah dijalankan di SMK Tunku Anum pada tarikh dan masa seperti berikut:

Tarikh              :    09 Mei 2012

Masa                :    4.30 Ptg - 6.00 Ptg

Kehadiran        : 1 Jurulatih (En. Norshah Rizal Bin Ruslan)JPM)
                           8 atlet lelaki dan 3 atlet wanita

Ujian ini melibatkan atlet-atlet PLN SMK Alor Janggus iaitu seramai 8 atlet dan 3 atlet dari PLN SMK Tunku Anum. Atlet-atlet SUKMA tidak terlibat dengan ujian ini kerana sedang menjalani Latihan Pusat FASA II di Pusat Kecemerlangan Sukan Angkat Berat, Rompin Pahang.

Keseluruhan daripada angkatan Snatch bagi atlet lelaki adalah sebanyak 24 angkatan dimana 11 angkatan gagal dicatatkan iaitu sebanyak 45.9% dan acara Clean & Jerk 10 angkatan gagal dicatatkan daripada 24 angkatan menjadikan 41.7%. Hanya seorang atlet sahaja yang telah mencatatkan angkatan peribadi terbaik dalam acara clean & jerk.

Bagi atlet wanita pula dalam acara snatch, sebanyak 3 angkatan gagal daripada 9 angkatan yang berjaya dilakukan menjadikan 33.33%. Dalam acara clean & jerk pula sebanyak 4 angkatan gagal dicatatkan daripada 9 angkatan menjadikan 44.44%. Bagi kategori ini tiada angkatan peribadi dicatatkan.

Diakhir Ujian ini, atlet-atlet telah diberi teguran dan maklumbalas mengenai ujian ini oleh jurulatih dimana teknik-teknik angkatan perlu diperbaiki. Ujian ini adalah untuk melihat prestasi atlet-atlet dan ujian ini juga adalah untuk membuat atlet-atlet sentiasa bersedia dalam menghadapi setiap pertandingan ataupun kejohanan yang disertai.

Sekian.

Laporan disediakan oleh Akmal Hashim











No comments:

Post a Comment