Saturday, May 5, 2012

PEMANTAUAN KUN @ PLN GIMNASTIK












Tarikh: 02 Mei 2012
Masa: 5.00 Petang
Tempat: SK Jitra 3

KEHADIRAN

1. Ahmad Sabri Mansor – JSM Gimnastik
2. Mohd Faiz Mohd Ameer – JSM Gimnastik
4. 9 Atlet Lelaki dan 5 Atlet Wanita

LATIHAN

1. Latihan Fizikal
2. Latihan Teknikal – Mushroom trening, Balance beam
3. Body strength

UJIAN

Tiada

PERTANDINGAN

1. Telah menyertai Kejohanan Gimnastik MSSK pada 1 – 3 Mac yang lalu dan Daerah Kubang Pasu telah muncul juara keseluruhan dalam kejohanan terbabit. Seramai 9 atlet dari PLN ini telah terpilih untuk mewakili Negeri Kedah dalam Kejohanan Gimnastik MSSM 2012 yang telah berlangsung dari 12 – 17 Mac yang lalu.

2. Tiada pertandingan disertai dalam tempoh yang terdekat..
KECEDERAAN

Tiada

PERALATAN

Tiada


PROGRAM BINAAN

Tiada

ULASAN

1     1.JSM Ahmad Sabri Mansor telah pun mula menjalankan latihan kepada para atlet di bawah program setelah diserang stroke pada Bulan Disember yang lalu. Didapati keadaan beliau berada dalam keadaan baik dan mampu untuk menjalankan latihan. Beliau turut dibantu oleh JSM yang baru dilantik pada tahun 2012 iaitu Mohd Faiz Mohd Ameer.

2.  Didapati latihan dijalankan di dewan terbuka sekolah dan juga kelas yang diubahsuai menjadi ala – ala gymnasium. Latihan dijalankan dengan kondisi tempat latihan yang agak tidak selesa memandangkan peralatan terpaksa di angkat dari setor dan diletakkan di dewan terbuka terbabit dan atlet terpaksa berkongsi penggunaan dewan terbuka terbabit bersama dengan pasukan taekwondo sekolah yang turut berlatih

3. Latihan tidak dapat dijalankan di gymnasium sedia ada memandangkan cuaca hujan kerana kawasan berbumbung tersebut gagal berfungsi menahan tempias air hujan

4. Cadangan ialah supaya proses naiktaraf gymnasium yang telah diputuskan pada tahun lepas dapat dipertimbangkan semula untuk kelulusan pihak majlis.


Sekian, terima kasih

No comments:

Post a Comment