Sunday, May 27, 2012

LAPORAN PUNGUTAN PINGAT KEDAH DI KARNIVAL REMAJA KEBANGSAAN SIRI 01/2012 PAHANG - HARI KETIGA



Tarikh : 26 Mei 2012

Hari ketiga Karnival Remaja Kebangsaan Siri 01/2012 menyaksikan atlet – atlet Pelapis Negeri Kedah menunjukkan prestasi yang membanggakan terutamanya bagi Sukan Memanah yang terus menyumbangkan pingat kepada Kontinjen Negeri dan juga Tinju yang menyaksikan 4 petinju berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir yang dijadualkan akan berlangsung pada hari keempat Karnival. Berikut merupakan keputusan keseluruhan pungutan pingat Kontinjen Kedah pada hari ketiga Karnival :

Angkat Berat



Angkat Berat menutup tirai kejohanan pada hari ketiga Karnival. Hanya 1 atlet beraksi pada hari terakhir kejohanan iaitu Abdul Malik Bin Desa yang beraksi dalam kategori +105 kg dan berjaya menyumbangkan 1 pingat Perak kepada kontinjen dalam acara Snatch.Namun beliau gagal melakukan angkatan dalam acara Clean and Jerk apabila mengalami kecederaan di pergelangan tangan Keseluruhannya bagi sukan Angkat Berat sebanyak 5 Emas, 6 Perak dan 3 Gangsa  berjaya diperolehi. Diharapkan sukan Angkat Berat dapat meningkatkan prestasi bagi menghadapi Sukma Pahang 2012 yang bakal menjelang tiba. Berikut merupakan pencapaian Abdul Malik Bin Desa dalam kategori +105 kg :


1. Abdul Malik Bin Desa ( Bawah 21 Tahun)

   Kat +105 kg SN – 118 kg (Perak)  CJ – Tiada Angkatan

Tinju

Bagi sukan tinju, 4 atlet telah meneruskan aksi pada hari ketiga  kejohanan di peringkat separuh akhir. Keempat- empat atlet ini layak ke pusingan akhir. Berikut merupakan nama-nama atlet yang layak.

1. Kat 49 Kg Bawah 20 tahun.

Aisamudin Maula vs Petinju Melaka – Menang dengan kiraan mata 20 – 8. Pada peringkat akhir akan bertemu dengan petinju dari Sabah.

2. Kat 52 Kg Bawah 20 tahun.

Mohd Malik vs Petinju Sarawak – Menang dengan kiraan mata 17 – 17 namun diishtiharkan pemenang atas kelebihan tumbukan. Pada peringkat akhir akan bertemu petinju dari Kelantan.

3. Kat 48 Kg Bawah 16 tahun.

Mohd Ali Akbar vs Petinju Terengganu – Menang dengan kiraan mata 10 – 7. Pada peringkat akhir akan bertemu petinju dari Johor.

4. Kat  52 Kg Bawah 16 tahun

Muhammad Safirul Aiman vs Petinju Kelantan –Menang dengan kiraan mata 10 – 4. Pada peringkat akhir akan bertemu petinju dari Pelapis Serantau

Diharapkan pingat emas pertama dari sukan Tinju akan diperolehi daripada 4 peringkat akhir yang akan dihadapi oleh keempat – empat atlet tersebut.


Sepak Takraw

Bagi sukan Sepak Takraw, pertandingan pada hari ini melibatkan peringkat kumpulan dan peringkat suku akhir .  Berikut merupakan keputusan perlawanan pada hari ini.

Kedah VS Perlis  (Regu Bawah 18 Tahun) (Peringkat Kumpulan) Layak ke pusingan suku akhir.

Menang 3 – 0

15 – 11
15 – 2
15 – 11 

Kedah VS Perak ( Double Bawah 21 Tahun) (Peringkat Kumpulan)

Kalah 3 - 0 

10 - 15
12 - 15
8  - 15

Kedah VS Pasta (Regu Bawah 21 Tahun) (Peringkat Suku Akhir)

Menang 3 – 0

16 – 14
15 – 11
15 – 7

Perlawanan peringkat suku akhir, separuh akhir dan akhir akan disambung pada hari keempat  bagi menentukan tempat ke peringkat seterusnya yang melibatkan 2 perlawanan pasukan Kedah. Berikut merupakan jadual  perlawanan pada hari keempat kejohanan :

Peringkat Suku Akhir

Kedah VS  SSTMI ‘B’  (Regu bawah 18 tahun) Jam 8.30 pagi

Peringkat Separuh Akhir

Kedah VS Kelantan (Regu bawah 21Tahun) Jam 11.00 pagi

Memanah


Sukan Memanah terus mengekalkan rentak kecemerlangan dalam menyumbangkan pingat kepada Kontinjen Negeri Kedah pada hari ketiga kejohanan. Berikut merupakn atlet – atlet yang berjaya menyumbangkan pingat :

Recurve Wanita Kat 2 (50 M - II)

1. Fatin Shahirah Mohd Yani (508) - Emas

Recurve Wanita Kat 1 (30 M)

2. Norshafika Shabani (329) – Emas

Recurve Wanita Kat 2 (30 M)

3. Aisyah Farhanah Bt Abdul Manaf  (606) – Perak

4. Fatin Shahirah Bt Mohd Yani (1077) - Gangsa

5. Norshafika Shabani (Keseluruhan) - Perak .


Tahniah diucapkan kepada semua atlet yang berjaya menyumbangkan pingat kepada Kontinjen Negeri Kedah

Sekian laporan Karnival Remaja Kebangsaan Siri 01/2012 bagi hari ketiga pertandingan untuk makluman.













No comments:

Post a Comment