Monday, March 5, 2012

PEMANTAUAN KUN @ SUKAN OLAHRAGA

Tarikh : 05 Mac 2012

Tempat : MSN Kedah

Kehadiran : 1 JSM, 6 atlet

Masa : 8.00 pagi

Program latihan : Striding, joging, speed

Sesi latihan pagi dikendalikan oleh JSM yang baru dilantik bagi tahun 2012 iaitu En Idris B Saad. 6 orang atlet sepenuh masa menjalani latihan ringan yang melibatkan sedikit teknik dan juga bagi kecergasan atlet. Latihan adalah sebagai persediaan bagi menghadapi Kejohanan Olahraga Terbuka Kuala Lumpur yang dijadualkan akan berlangsung pada 17 - 18 Mac 2012.

Maklum Balas Jurulatih

1) JSM memaklumkan bahawa Stadium Darul Aman tidak dapat digunakan memandangkan stadium terbabit digunakan sebagai venue untuk Kejohanan Olahraga MSSD Kota Setar. PPN Olahraga dan JSM Zamsairon juga sedang menjalankan talent scouting di kejohanan terbabit di samping memantau prestasi atlet - atlet olahraga dari pusat SMK Alor Janggus.

2 ) Memaklumkan berkaitan bantuan supplement yang dibekalkan oleh pihak MSN Kedah telah pun diagihkan kepada atlet - atlet.

3 ) Memohon kepada Jurulatih supaya memperkemaskan program latihan berterusan bagi penyediaan atlet terutamanya bagi menghadapi Sukma Pahang 2012.

4 ) Mohon JSM berbincang bersama PPN berkaitan capaian prestasi atlet - atlet Pelapis Kedah di Pertandingan Olahraga Zon Utara yang telah diadakan pada 25 Februari 2012 yang lalu.

Secara keseluruhannya,program latihan berjalan lancar.

No comments:

Post a Comment