Thursday, March 31, 2011

PEMANTAUAN PLN BERBASIKAL




Tarikh : 30 MAC 2011

Masa : 4.30 PETANG

Tempat : Stadium Sultan Abdul Halim

Kehadiran : Atlet 13 orang, Jurulatih 1 orang

Aktiviti yang dijalankan sepanjang pemantauan.

Latihan

1. ENDURANCE

Perbincangan.

1. Basikal road yang baru diterima adalah jenama FUJI dan masih belum digunakan lagi.

2. Jurulatih juga memaklumkan perlu mendapatkan seorang lagi JSM untuk membantu menjalankan latihan terutamanya dalam acara trek.

3. Pihak USPTN memaklumkan atlet-atlet perlu menjalani latihan di TREK sekurang-kurangnya sekali sebulan untuk membiasakan atlet-atlet apabila ke pertandingan dan juga memohon untuk jurulatih memberikan senarai nama atlet yang terlibat untuk menjalani latihan di TREK sebulan sebelum menjalani latihan di TREK ini adalah untuk membolehkan pihak cawangan memberi kelulusan.

Cadangan/Penambahbaikan.

1. Tambahan seorang JSM untuk membantu jurulatih sedia ada terutamanya dalam acara trek.

2. Cadangan untuk melantik En. Ghaffuan sebagai JSM adalah kerana beliau masih berminat untuk menjadi jurulatih akan tetapi beliau perlu memohon pertukaran sekolah dari SMK Tunku Putera Baling ke SMK Alor Janggus.(masih dalam perbincangan dan menunggu keputusan dari En. Ghaffuan mengenai perkara ini. Tempoh yang diberikan sehingga hujung tahun)

3. Membuat latihan di Veledrom sebulan sekali(attactment program).

Makluman.

1. Pada petang ini iaitu 31 MAC 2011 terdapat Program Latihan Intensif yang dijalankan oleh MSN Kedah dengan kerjasama USPTN Kedah untuk atlet berbasikal yang telah dipilih dari TID yang dijalankan di SMK Sungai Tiang dan SMK Alor Janggus dan atlet sedia ada selama 3 hari iaitu 31 - 2 April 2011 di Majlis Sukan Negeri Kedah.

2. Tersebut adalah latihan yang akan dijalankan dalam Program Latihan Intensif tersebut: Ujian Masa Perseorangan, Bleep Test, Latihan Gimasium dan latihan bersama jurulatih.

3. Atlet memaklumkan tiada masalah semasa menjalani latihan dan jurulatih menjalankan tugas dengan sebaiknya. Tiada masalah yang timbul antara atlet dan jurulatih semasa latihan ataupun pertandingan yang disertai.

Laporan disediakan oleh Encik Akmal bin Hashim.

PEMANTAUAN PLN GIMNASTIK





Sukan : Gimnastik

Kehadiran : 15 atlet 1 jurulatih

Tempat : Sekolah Rendah Kebangsaan Jitra 3, Jitra.

Masa : 4.00 hingga 6.00 Petang

Tarikh : 30.03.2011 ( Rabu )



Aktiviti / Latihan


1. Jurulatih memberi taklimat tentang asas dan teknik-teknik serta risiko kecederaan sebelum melakukan latihan untuk atlet-atlet yang baru. Semasa latihan jurulatih memberi tunjuk ajar atau "Basic Tranning" yang betul untuk atlet-atlet baru.


2. Jurulatih memaklumkan bahawa kebanyakan atlet yang menjalani latihan adalah atlet baru yang diserapkan ke dalam program USPTN Kedah. Bagi atlet yang lama kebanyakannya telah diterima masuk ke sekolah menengah berasrama penuh dan jauh dari tempat latihan. Atlet yang bersekolah menengah yang berdekatan sahaja yang dapat menjalani latihan seperti biasa. Jurulatih juga memaklumkan berkaitan masalah pengangkutan yang dihadapi oleh atlet dimana beliau akan mengambil dan menghantar atlet yang menghadapi masalah pengangkutan.


3. Jurulatih juga memaklumkan bahawa atlet yang mengalami kecederaan semasa Kejohanan Gimnastik MSSM di Johor baru-baru ini telah beransur pulih dan menjalani pemeriksaan susulan di Hospital. Beliau juga memaklumkan akan sentiasa memantau keadaan atlet terbabit dari masa ke semasa.


4. Memaklumkan kepada Jurulatih untuk membuat ujian kecergasan kepada atlet-atlet.

Sepanjang pemantauan dibuat didapati atlet-atlet yang baru menunjukkan minat dan komitmen yang tinggi.


Laporan disediakan oleh Zamsairon B Mat Dan

Wednesday, March 30, 2011

PEMANTAUAN PLN TINJU








Kehadiran : 13 atlet 1 jurulatih

Tempat : Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Putera, Baling.

Masa : 4.00 hingga 6.00 Petang

Tarikh : 25.03.2011 ( Jumaat )

Aktiviti./ Latihan

1. Jurulatih memberi taklimat mengenai Sukan Tinju untuk atlet-atlet yang baru. Jurulatih juga memberi "Basic Tranning" untuk atlet-atlet baru.

2. Jurulatih memaklumkan akan membuat sparing di SMK Tunku Putera pada 01 April 2011 untuk pemilihan ke Karnival Pelapis 01/2011. Jurulatih juga memaklumkan selepas sparing di SMK Tunku Putera, atlet yang terpilih akan membuat sparing bersama dengan atlet-atlet di bawah program Pelapis Pulau Pinang di MSN Pulau Pinang dalam masa terdekat untuk memberi pendedahan kepada atlet-atlet.

3. Terdapat 4 orang atlet yang didalam program telah di tempatkan di Majlis Sukan Negeri Kedah dan berlatih dengan Jurulatih Negeri Kedah sebagai persediaan untuk SUKMA 2012.

4. Memaklumkan kepada Jurulatih dan atlet untuk membuat ujian kecergasan kepada atlet-atlet.

Sepanjang pemantauan dibuat atlet-atlet yang baru menunjukkan minat yang tinggi untuk menjalani latihan.

Sekian untuk makluman.

Laporan disediakan oleh Zamsairon B Mat Dan

Thursday, March 24, 2011

PEMANTAUAN LATIHAN SUKAN OLAHRAGA





Tarikh : 24 Mac 2011 (Khamis)

Masa : 8.00 – 10.00 pagi

Tempat : Stadium Darul Aman

Kehadiran : Atlet 7 orang, Jurulatih 1 orang

Aktiviti yang dijalankan sepanjang pemantauan.

Latihan

1. DRILL ABC, STRENGHT TECHNIQUE, SPEED

Pemantauan

1. Terdapat 3 orang atlet dari beberapa sekolah dari Kota Setar menjalani latihan bersama En. Zamsairon iaitu dari SMK Tunku Anum, SMK Tunku Abdul Rahman dan SMK Sri Gunung dan selebihnya adalah atlet dibawah program.

2. Untuk atlet dibawah program latihan yang dijalankan lebih kepada strength technique dan kepada atlet yang lain latihan lebih kepada teknik balingan.

3. Jurulatih memaklumkan terdapat 2 atlet dari SMK Sri Gunung dan SMK Tunku Abdul Rahman dalam acara peluru, cakera dan tukul besi akan menjalani latihan di SMK Alor Janggus mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh Jurulatih.

4. Jurulatih juga memaklumkan akan membuat ujian balingan pada minggu hadapan untuk mendapatkan jarak yang terbaru bagi atlet dibawah program untuk direkodkan dan seterusnya dapat melihat peningkatan atlet.

5. Pada masa ini di Stadium Darul Aman terdapat Pasukan olahraga dari Daerah Kuala Muda/ Yan membuat latihan untuk menghadapi Kejohanan MSSK. Di masa yang sama jurulatih juga dapat melihat atlet-atlet dari Daerah Kuala Muda/ Yan yang berbakat untuk diketengahkan. Disamping itu juga terdapat beberapa buah sekolah dari Daerah Kuala Muda/ Yan ingin mendapatkan khidmat jurulatih USPTN untuk melatih atlet-atlet dari Daerah yang pada masa akan datang dalam acara balingan.

Sekian untuk makluman

Laporan disediakan oleh Akmal Hashim.

KEJOHANAN ANGKAT BERAT KEBANGSAAN 2011







Tirai kejohanan Sukan Angkat Berat bagi tahun 2011 dimulakan dengan Kejohanan Angkat Berat Kebangsaan 2011 yang dianjurkan seperti ketetapan berikut : -

Tarikh : 24 - 27 Mac 2011
Tempat : Kompleks Sukan Bandar Baru Bangi, Selangor

Kejohanan yang dianjurkan oleh Persatuan Angkat Berat Negeri Selangor dengan kerjasama Persatuan Angkat Berat Malaysia merupakan platform terbaik untuk badang - badang muda beraksi. Mesyuarat Pengurus Pasukan telah diadakan pada 23 Mac 2011. Seramai 79 badang muda yang meliputi 43 atlet lelaki dan 36 atlet wanita akan beradu tenaga dalam kejohanan edisi tahun ini. Bagi Negeri Kedah, 8 atlet lelaki dan 4 atlet wanita akan berentap dalam kejohanan ini. Kepada semua atlet Negeri Kedah yang bertanding, selamat maju jaya diucapkan.

Monday, March 21, 2011

KEDAH MUNCUL JUARA KESELURUHAN KEJOHANANAN SKUASY MSSM 2011












Salam 1 Malaysia.

Program : Kejohanan Skuasy MSSM 2011

Tarikh : 13 - 19 Mac, 2011

Venue : Kompleks Sukan Muadzam Shah & Kedah Royal Club, Alor Setar, Kedah

Jadual Perjalanan Pertandingan

13 Mac, 2011 - Hari ketibaan dan lapor diri
14 Mac, 2011 - Penyesuaian gelanggang ("Test Court")
15-16 Mac, 2011 - Acara Individu
16-18 Mac, 2011 - Kategori Berpasukan
19 Mac, 2011 - Pertandingan Akhir dan Acara Penutup

Rumusan Keputusan Acara Individu

Acara Lelaki Bawah 12

Johan - Mivesh Kumar (Kdh)
Naib Johan - Ong Sai Hung (Kdh)
Ketiga bersama - Sudesh Kannah (Phg) & Yugene Heng (Sel)

Acara Perempuan Bawah 12

Johan - Sivasangari a/p Subramaniam (Kdh)
Naib Johan - Lai Wen Li (Sbh)
Ketiga bersama - Ma Si Yi (Swk) & Nur Aliah Izzati bt Muhd Anis (Kdh)

Acara Lelaki Bawah 15

Johan - Al Nikc Ally B. Abd Rahim (Phg)
Naib Johan - Mohammad Syafiq B. Kamal (Kltn)
Ketiga bersama - Darren Chan (Phg) & Kwan Ka Lapp (Sel)

Acara Perempuan Bawah 15

Johan - Celine Yeap Shu Wan (PP)
Naib Johan - Aika Bt Azman (Kdh)
Ketiga bersama - Andrea Lee Jia Qi (Sel) & Teh Min Jie (Kdh)

Acara Lelaki Bawah 18

Johan - Muhammad Adden Idrakie B. Baktiar (WP)
Naib Johan - Mohd Amir Farhan B. Ampandi (WP)
Ketiga bersama - Choy Min Wei (Prk) & Bextermaphil Jap Nai Zhen (Swk)

Acara Perempuan Bawah 18

Johan - Yong Sue Ann (Sel)
Naib Johan - Michelle Wong Cheong Mei (Swk)
Ketiga bersama - Lim Jee Nee (PP) & Adele Han May Jen (Mlk)

Kategori Berpasukan

1. Perempuan Bawah 12
Kedah (Kalahkan) Wilayah Persekutuan 2-0
a) Aifa Azman (Kalahkan) Noor Ainaa Amani 11/3, 11/3, 11/3
b) Sivasangari a/p Subramaniam (Kalahkan) Britney Tan 11/1, 11/6, 11/3

2. Lelaki Bawah 12
Kedah (Kalahkan) Selangor 2-1
a) Nik Mohd Shakirin (Kalahkan) Darryl Gan 11/2, 11/6, 11/1
b) Mivesh Kumar (Kalahkan) Eugene Heng 11/4, 13/11, 10/12, 12/10

3. Perempuan Bawah 15
Kedah (Kalahkan) Selangor 2-1
a) Nazihah Hanis (Kalahkan) Ilya Kareena 7/11, 14/12, 8/11, 11/2, 13/11
b) Teh Min Jie (Kalah kepada) Jadeleen Lee 6/11, 5/11, 8/11
c) Aika Azman (Kalahkan) Mithila Tamilarasan 5/11, 11/7, 11/5, 6/11, 12/10

4. Lelaki Bawah 15
Wilayah Persekutuan (Kalahkan) Pahang 2-1
a) Nicholas Tan (Kalahkan) Choh Calveen 8/11, 11/7, 11/7, 12/14, 11/8
b) Ng Eain Yow (Kalah kepada) Al Nick Ally 6/11, 7/11, 11/8, 9/11
c) Andrew Lee (Kalahkan) Darren Chan 11/9, 2/11, 11/5, 11/5

5. Perempuan Bawah 18
Sarawak (Kalahkan) Selangor 2-1
a) Vivien Yeo (Kalahkan) Huang Li Hui 8/11, 11/5, 11/7, 11/6
b) Michelle Wong (Kalah kepada)Yong Sue Ann 11/6, 11/13, 2/11, 8/11
c) Angela Chieng (Kalahkan) Cynthia Low 11/8, 11/6, 11/5

6. Lelaki Bawah 18
Wilayah Persekutuan (Kalahkan) Sarawak 2-0
a) Faris Danial (Kalahkan) Ahmad Haidi 11/7, 11/7, 7/11, 11/8
b) Muhammad Adden Idrakie (Kalahkan) Bextermaphil Jap 6/11,13/15, 11/4,11/3, 11/1

Rumusan Pencapaian Atlet Kedah

2 Emas (Individu) & 3 Emas (Berpasukan)
2 Perak (Individu)
2 Gangsa (Individu)

Buat pertama kalinya Kedah mendapat Juara keseluruhan. Tahniah diucapkan.

Sekian, terima kasih

Laporan disediakan oleh Ku Fadzilah Ku Hamid

Thursday, March 17, 2011

PEMANTAUAN DI KEJOHANAN OLAHRAGA MSSD LANGKAWI










Salam,

Untuk makluman, pemantauan di Kejohanan terbabit telah dijalankan seperti berikut : -

Tarikh : 7 – 10 MAC , 2011

Tempat : Stadium Lada, Langkawi, Kedah

Jurulatih : Mohd Zam Sairon Bin Mat Dan @ Saadan

Hasil Pemantauan

Pemantauan di Kejohanan Olahraga MSSD Daerah Langkawi ini adalah bertujuan untuk meninjau dan mengenalpasti atlet - atlet Olahraga yang berbakat di daerah terbabit. Pada tahun ini, penumpuan adalah dikhususkan untuk atlet - atlet bagi acara lontaran (throw), lari jarak sederhana (middle) juga lari berpagar (hurdle) . Sepanjang pemantauan, didapati kejohanan berjalan lancar. Selain daripada itu, Jurulatih juga mengambil kesempatan ini untuk meninjau dan memperbetulkan teknik - teknik bagi atlet - atlet yang bertanding terutamanya bagi acara lontaran dan juga lari berpagar. 3 orang atlet juga telah dikenalpasti untuk diserapkan ke Program Pelapis Negeri Kedah dan tindakan susulan bagi pemindahan sekolah atlet - atlet terbabit akan dijalankan.

Sekian, terima kasih

Laporan Disediakan oleh Mohd Zam Sairon Bin Mat Dan @ Saadan

Sunday, March 13, 2011

MAJLIS PENERANGAN BERKAITAN PROGRAM PELAPIS KEPADA IBU - BAPA ATLET


















Pihak USPTN Kedah dengan kerjasama pihak SMK Alor Janggus telah mengambil inisiatif untuk mengadakan program penerangan berkaitan dengan pelaksanaan Program Pelapis kepada ibu - bapa atlet bagi sukan Angkat Berat, Olahraga dan Berbasikal. Program ini merupakan kesinambungan dari Program TID yang telah dijalankan pada bulan Januari yang lalu. Program ini telah dijalankan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 10 Mac 2011
Masa : 9.00 pagi hingga 12.30 tengahari
Tempat : Bilik Tayangan, SMK Alor Janggus
Kehadiran : 63 orang waris pelajar

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh Ybhg Tuan Haji Abd. Rahim Bin Ahmad iaitu Tuan Pengetua SMK Alor Janggus. Seterusnya wakil Pengarah MSN Kedah iaitu En Azemi Abdun pula menyampaikan ucapan. Seterusnya, pembentangan berkaitan Program Pelapis telah diberikan oleh pihak USPTN Kedah. Sesi diskusi dan soal jawab juga turut dijalankan di antara pihak ibu - bapa pelajar dan pihak USPTN. Program ini selain daripada berperanan sebagai salah satu dari promosi program dan ia juga bertindak sebagai medium mendidik ibu - bapa tentang peranan ibu - bapa dalam membantu pelaksanaan program di peringkat sekolah. Sesi penerangan ini juga diharapkan dapat memperjelaskan hala tuju pelajar dalam bidang sukan. Terima kasih juga diucapkan kepada pihak pengurusan SMK Alor Janggus yang membantu dalam pelaksanaan program ini.

Sekian, terima kasih.