Sunday, March 13, 2011

MAJLIS PENERANGAN BERKAITAN PROGRAM PELAPIS KEPADA IBU - BAPA ATLET


















Pihak USPTN Kedah dengan kerjasama pihak SMK Alor Janggus telah mengambil inisiatif untuk mengadakan program penerangan berkaitan dengan pelaksanaan Program Pelapis kepada ibu - bapa atlet bagi sukan Angkat Berat, Olahraga dan Berbasikal. Program ini merupakan kesinambungan dari Program TID yang telah dijalankan pada bulan Januari yang lalu. Program ini telah dijalankan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 10 Mac 2011
Masa : 9.00 pagi hingga 12.30 tengahari
Tempat : Bilik Tayangan, SMK Alor Janggus
Kehadiran : 63 orang waris pelajar

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh Ybhg Tuan Haji Abd. Rahim Bin Ahmad iaitu Tuan Pengetua SMK Alor Janggus. Seterusnya wakil Pengarah MSN Kedah iaitu En Azemi Abdun pula menyampaikan ucapan. Seterusnya, pembentangan berkaitan Program Pelapis telah diberikan oleh pihak USPTN Kedah. Sesi diskusi dan soal jawab juga turut dijalankan di antara pihak ibu - bapa pelajar dan pihak USPTN. Program ini selain daripada berperanan sebagai salah satu dari promosi program dan ia juga bertindak sebagai medium mendidik ibu - bapa tentang peranan ibu - bapa dalam membantu pelaksanaan program di peringkat sekolah. Sesi penerangan ini juga diharapkan dapat memperjelaskan hala tuju pelajar dalam bidang sukan. Terima kasih juga diucapkan kepada pihak pengurusan SMK Alor Janggus yang membantu dalam pelaksanaan program ini.

Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment