Thursday, December 8, 2011

MESYUARAT PENGURUS PASUKAN KPN X 2011 PERLIS














Salam,

Berikut adalah merupakan laporan Mesyuarat Pengurus Pasukan Karnival Pelapis Negeri X 2011 Perlis bagi Sukan Angkat Berat, Memanah, Tinju dan Sepaktakraw :

A ) Sukan Angkat Berat

Tarikh : 07 Disember 2011

Masa : 5.00 petang

Tempat : Bilik Kuliah 1.2 Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Pauh , Perlis

1. Mesyuarat dimulakan dengan semakan pendaftaran bagi setiap negeri.
2. Perbincangan Peraturan Pertandingan.- Semua pasukan bersetuju dengan peraturan pertandingan yang telah ditetap.
3. Jadual Kejohanan bagi Pasukan Kedah sahaja.
8.12.2011-10am- Timbang Berat Kat 56KG L u16 dan u21
Waktu Pertandingan Jam 12.30pm- 3.00pm
Timbang berat kat 69KG L u16&u21 waktu pertandingan 5.00pm.
9.12.2011- 7.30am - Timbang berat kat 77kg L u16&u21
Waktu pertandingan 9.30am - 12.30pm
Timbang berat kat 85kg u16&u21 L waktu pertandingan 2.30pm.
10.12.2011-7.30am-Timbang berat kat 44kg 48kg u16&u21 W
Waktu pertandingan 9.30am - 10.00am
Timbang berat kat 53kg 58kg u16&u21 W waktu pertandingan 12.00pm
11.12.2011- 8.00am timbang berat kat 105kg +105kg L
waktu pertandingan 10.00am.
5. Jadual ini mungkin juga akan di percepatkan dimana kategori 105kg dan +105kg akan dibawa pada hari sabtu sekiranya tarikh pertandingan pada hari tersebut dapat diawalkan. Tertakluk kepada perubahan jadual.
6. Untuk makluman , Pasukan Kedah tidak membuat sebarang perubahan dengan mengekalkan kategori yang telah didaftarkan sebelum ini cuma terdapat pengurangan jumlah penyertaan atlet kedah iaitu Aznil Bidin kerana menghadapi SPM pada tarikh dia bertanding dan Khoo Jian Peng digugurkan kurang menjalani latihan.
7. Dalam mesyuarat ini juga pihak PABM juga telah memaklumkan bahawa PABM akan menganjurkan Kursus Spesifik Kejurulatihan Sukan Angkat Berat Tahap 2 di Seremban N.9 pada 19-23 Disember 2011 dengan bayaran RM 500.00 setiap peserta.
B ) Sukan Memanah
Tarikh : 07 Disember 2011

Masa : 5.00 petang

Tempat : Bilik Kuliah 1.7 Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Pauh , Perlis
1. Di pengerusikan oleh En Ismail, turut dihadiri oleh Dato Hamid , En Hussein dari Persatuan Memanah kebangsaan. Di antara isu berbangkit ialan jadual yang bertarikh 8 Disember 2011 yang hanya akan menjalani Sightest di waktu pagi sahaja manakala pada waktu petang tiada pertandingan di jalankan. Oleh itu mesyuarat yang telah di hadiri oleh Jurulatih Negeri dan PPN telah bersetuju dengan usul oleh En Razak untuk jadual pada 9 disember 2011 pagi di bawa ke 8 Disember 2011 petang. Oleh yang demikian pada 9 disember 2011, pertandingan hanya diadakan pada waktu pagi hingga tengah hari. Tiada sebarang pertandingan di waktu petang setiap hari kecuali pada 8 disember 2011.
C) Sukan Tinju
Tarikh : 07 Disember 2011

Masa : 8.30 petang

Tempat : Bilik Kuliah 1.2 Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Pauh , Perlis
1- Mesyuarat di mulakan dengan ucapan aluan pengerusi majlis dan semakan pendaftaran bagi setiap negeri.
2-Ucapan wakil dari Cawangan Pengurusan acara MSNM.
3- Taklimat Pegawai Teknikal
4-Pegawai teknikal memaklumkan keselamatan harus dititik beratkan kepada peninju kerana ramai peninju diperingkat bawah umur.
5- Taklimat Pegerakan Karnival Pelapis Negeri ke-X, Perlis 2011 ( Pengurus Pertandingan )
6 - Semua pasukan bersetuju dengan peraturan pertandingan yang telah ditetapkan.
7- Acara dan kategori bagi peninju peringkat umur 14 – 15 akan dipertandingkan kerana untuk memberi pendedahan serta pembanggunan tinju di masa akan datang.
8- Sistem pertandingan juga di ubah, bout ( umur 17 – 20 tahun ) - Setiap bout akan mengandungi tiga (3) pusingan dan setiap pusingan akan berjalan selama 1.30 dan untuk pertandingan akhir bout juga akan mengandungi tiga (3) pusingan tetapi setiap pusingan akan berjalan selama 2 minit.
9- Bagi bout ( umur 17 – 20 tahun ) berjalan mengikut seperti peraturan yang telah ditetapkan.
10- Timbang badan dan pemeriksaan kesihatan akan berlangsung di tempat pertandingan pada pukul 8.00 pagi hingga 10.00 pagi.
11- Pengurus pertandingan memaklumkan kepada semua pegawai dari semua pihak agar mengambil serius berkenaan dengan buku pertandingan/kesihatan supaya membuat pemeriksaan kesihatan peninju lebih awal sebelum datang kemana-mana kejohanan yang di sertai.
Sukan Sepaktakraw
Tarikh : 07 Disember 2011

Masa : 8.30 petang

Tempat : Bilik Kuliah 1.3 Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Pauh , Perlis
Mesyuarat dimulakan dengan semakan kehadiran pasukan yang hadir. Selepas selesai semua semakan kehadiran. Mesyuarat diteruskan dengan pengesahan peraturan. Pengesahan peraturan dibentangkan oleh Tuan Syed Azmeer(Setiausaha Kehormat Persatuan Sepak Takraw Negeri Perlis.
Antara pembentangan pengesahan peraturan yang dibentangkan ialah:
1) Setiap pemain wajib memakai jersi yang mempunyai nombor di depan dan di belakang.
2) Setiap pasukan mesti mengikuti masa yang ditetapkan.
3) Setiap pemain mesti mempamerkan kad pengenalan pada perlawanan pertama.
4) Pemain hanya boleh bermain didalam satu Ketagori sahaja.
5) Pertandingan ini dijalankan secara best of 5.
6) Setiap pasukan mesti memakai arm band
7) Venue pertandingan mempunyai tiga gelanggang yang mengikut ukuran spesifik ISTAF.
8) Pemain hanya dibenarkan memakai seluar pendek. Selain seluar pendek tidak dibenarkan.
Berikut adalah jadual pertandingan bagi Pasukan Sukan Sepak Takraw Negeri Kedah.
8 Disember 2011
1.1) Double bawah 21 tahun (Johor SSTMI A VS Kedah) 9.00 Pagi
1.2) Regu bawah 21 tahun ( Negeri Sembilan VS Kedah) 10.00 Pagi
1.3) Regu bawah 18 Tahun ( Johor Tangkak VS Kedah) 11.00 Pagi
9 Disember 2011
2.1) Regu bawah 21 Tahun ( Kedah VS Perlis) 9.30 Pagi
2.2) Double bawah 21 tahun (Kedah VS Pahang) 11.30 Pagi
2.3) Regu bawah 18 Tahun(Kedah VS Kelantan ) 3.30 Petang
2.4) Regu bawah 21 tahun (Kedah VS Johor SSTMI B) 5.30 Petang
10 Disember 2011
Perlawanan peringkat suku akhir.
11 Disember 2011
Perlawanan separuh akhir dan akhir

Sekian, terima kasih

No comments:

Post a Comment