Tuesday, December 13, 2011

LAPORAN PUNGUTAN PINGAT KEDAH DI KPN X PERLIS - HARI KEEMPAT









Tarikh : 11 Disember 2011

Berikut merupakan keputusan keseluruhan bagi kontinjen Negeri Kedah di Karnival Pelapis Negeri X 2011 Perlis bagi hari keempat yang merupakan hari terakhir kejohanan :

Sukan Angkat Berat

Sukan ini telah melabuhkan tirai kejohanan pada 10 Disember 2011. Keseluruhannya berjaya mengutip 7 Emas, 5 Perak dan 4 Gangsa. Satu pencapaian yang membanggakan dari sukan Angkat Berat.Tahniah

Sukan Sepak Takraw
Regu bawah 21

Kedah VS Tangkak

16 - 17,10-15,12-15
Kedah tewas 0 -3 di peringkat separuh akhir. Gagal mara ke peringkat akhir. Keseluruhan hanya 1 Gangsa dari Sukan Sepak Takraw.
Sukan Tinju
Mohd Syaiful Aiman Haassan yang beraksi dalam Kategori 50kg tewas di peringkat akhir kepada peninju dari Kelantan. Walaupun menjalani latihan dalam keadaan yang serba kekurangan, 1 Perak dan 4 Gangsa berjaya disumbangkan oleh Sukan Tinju. Tahniah.

Sukan Memanah

Nur Shafika Shabani 1 Perak ( Olimpik Round ) tewas kepada pemanah dari Pulau Pinang ( 3 – 7 ). Keseluruhannya Sukan Memanah telah berjaya menyumbangkan 3 Emas, 5 Perak dan 2 Gangsa.1 pencapaian membanggakan dari Sukan Memanah. Tahniah.
Secara keseluruhannya, Kedah menyertai 4 daripada 6 sukan yang dipertandingkan. Dari penyertaan 4 sukan ini, sebanyak 10 emas, 11 Perak dan 11 Gangsa telah berjaya diperolehi. Terima kasih diucapkan kepada Negeri Perlis selaku tuan rumah KPN X bagi penganjuran kali ini. Kepada semua pemenang pingat, tahniah diucapkan.Kepada yang tidak berjaya, cuba lagi pada masa hadapan. Jumpa lagi di Pahang dan Selangor tahun hadapan.

Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment