Monday, August 15, 2011

ASRAMA SMK TATAR DI JILAT API















Satu siri kebakaran telah memusnahkan blok atas asrama bagi pelajar lelaki Sekolah Sukan Negeri iaitu Sekolah Menengah Tunku Anum Tunku Abdul Rahman, Jitra. Kebakaran yang dipercayai bermula pada jam 3.00 petang pada 14 Ogos 2011 dipercayai disebabkan oleh litar pintas. Kebakaran ini juga turut menyebabkan atlet - atlet yang menginap di asrama terbabit tinggal sehelai sepinggang.

Bagi mengurangkan bebanan yang ditanggung oleh pihak sekolah, Tuan Pengarah Majlis Sukan Negeri Kedah iaitu Tn Syed Khairol Anuar Bin Syed Abidin telah berbesar hati untuk melawat tapak kebakaran serta menyerahkan sumbangan dari pihak Majlis Sukan Negeri Kedah kepada pihak sekolah. Diharapkan dengan sumbangan ini, perkongsian pintar program di antara pihak MSNK / USPTN Kedah bersama pihak sekolah dapat diperkukuhkan.

Kepada adik - adik atlet terutamanya atlet - atlet Sukan Sepak Takraw SSN/USPTN Kedah diharapkan dapat bersabar dengan dugaan di Bulan Ramadhan ini.

Sekian, terima kasih.

2 comments:

  1. Boleh bantu dari segi kewangan mahu pn bantuan peralatan.. Pihak MSNK bantu dri segi kewangan dan bantuan pakaian kepada atlet - atlet terlibat

    ReplyDelete