Sunday, July 3, 2011

PENYERAHAN PERALATAN DAN PEMANTAUAN @ PLN SEPAK TAKRAW










Tarikh : 30 JUN 2011

Masa : 9.00 am

Tempat : SMK Tunku Anum

Kehadiran : PKU, PPN, Guru, 11 Atlet.

Adalah dimaklumkan bahawa pihak USPTN Kedah telah menyerahkan 10 biji bola Takraw kepada pusat latihan di SMK Tunku Anum yang diserah oleh PKU USPTN Kedah kepada Pihak SMK Tunku Anum yang diwakili oleh seorang guru iaitu En. Mahmud yang menjalani latihan pada pagi ini.

Pihak SMK Tunku Anum mengucapkan ribuan terima kasih atas penyerahan tersebut kerana bola yang sedia ada sudah rosak.

PKU juga memaklumkan mengenai gelanggang sepak takraw di SMK Tunku Anum akan diperbaiki dan peruntukan tersebut dalam proses kerana peruntukan untuk memperbaiki gelanggang tersebut adalah dibawah pembiayaan Majlis Sukan Negeri Kedah.

Pihak SMK Tunku Anum juga memaklumkan mengenai penambahan regu untuk menyertai Kejohanan Sepak Takraw anjuran KFC iaitu bawah 15 tahun.

Dikesempatan ini juga satu pemantauan telah dijalankan dan mendapati latihan untuk sesi pagi akan dijalankan oleh guru terbabit dan sesi petang pula latihan akan dijalankan oleh JSM USPTN Kedah.

Dari pemerhatian yang dijalankan atlet-atlet terbabit berpotensi untuk melangkah lebih jauh dalam arena sukan sepak takraw kerana mereka menujukkan minat dan kesungguhan dalam menjalani latihan.

Laporan disediakan oleh Akmal Hashim

No comments:

Post a Comment