Wednesday, May 25, 2011

PEMANTAUAN KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG MAJLIS SUKAN SEKOLAH MALAYSIA 2011
















Salam 1 Malaysia,

Tarikh : 20 – 24 Mei , 2011

Tempat : Stadium Ipoh, Perak

Jurulatih : Mohd Zam Sairon Bin Mat Dan @ Saadan

Hasil Pemantauan

Kejayaan Negeri Perak dalam penganjuran Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia pada tahun ini memberi kesan yang mendalam kepada semua negeri-negeri di seluruh Malaysia. Dengan kehadiran hampir 40,000 orang memenuhi stadium Ipoh semasa majlis perasmian telah memberikan atmosfera berbeza kepada para atlet yang bertanding. Kegemilangan kejohanan Balapan dan Padang Majlis Sukan Sekolah Malaysia pada kali ini menyuntik semangat baru kepada semua atlet-atlet di seluruh negeri untuk terus mempertingkatkan prestasi semasa kejohanan berlangsung.

Adalah amat membanggakan kerana komitmen dan kesungguhan daripada atlet-atlet di bawah program USPTN Kedah sepanjang kejohanan berlangsung. Dengan pencapaian cemerlang atlet dari PLN Olahraga di SMK Bijaya Setia, Sungai Petani iaitu Tan Wei Heng yang telah menggondol 3 pingat Emas dan telah dinobatkan sebagai peserta terbaik lelaki kelas 1 dan olahragawan lelaki kelas 1. Buat pertama kalinya atlet dari Negeri Kedah menyertai acara tukul besi pada tahun ini dan ianya memberi impak yang amat baik bagi USPTN Kedah untuk terus mencari bakat-bakat baru untuk mengembalikan kegemilangan sukan olahraga di Negeri Kedah.

Berikut adalah merupakan atlet - atlet di bawah Program USPTN yang terlibat dan telah menyumbangkan pingat kepada kontinjen Negeri Kedah :


Sekian, terima kasih

Laporan disediakan oleh Mohd Zamsairon B Mat Dan @ Saadan

3 comments: