

Berikut merupakan laporan ringkas dari Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Sukan Tinju Bil 01/11 yang telah diadakan seperti ketetapan berikut :
Tempat : Bilik Mesyuarat, MSNK
Tarikh : 21 Februari 2011
Masa : 11.00 Pagi
Kehadiran : En. Fairul Fadzli Bin Ahmad Muzni (Pengerusi)
Pn. Hasniwati Binti Halim (JBS Kedah)
En. Ganesan A/l Ramasamy (JSM USPTN)
Mesyuarat di mulakan dengan aluan pengerusi dan pembentangan Perlaksanaan Program 2011 oleh En. Akmal.
Perbincangan
1. Masalah gelanggang di Pusat Latihan SMK. Tunku Putera Baling tidak mempunyai gelanggang dan cadangan untuk membina mini gelanggang di SMK Tunku Putera Baling dan pohon pihak PTAK untuk membuat permohonan pada pihak Majlis Sukan Negeri Kedah untuk membina mini gelanggang di SMK Putera Baling.
(Tindakan PPN, MSNK)
2. Pihak MSNK memaklumkan untuk membuka satu lagi Pusat Latihan di SMK Kuala Nerang kerana disana juga terdapat gelanggang dan mempunyai guru yang berkelayakan untuk melatih Tinju dan pihak MSNK juga memaklumkan pihak sekolah boleh menyediakan asrama tetapi gelanggang disana tidak lengkap dan pihak MSNK akan membuat permohonan untuk membaiki gelanggang di SMK Kuala Nerang.
(Tindakan MSNK)
3. JSM USPTN Kedah En. Ganesan memaklumkan terdapat 3 orang atlet dibawah seliannya telah diserapkan ke Elit Negeri. Beliau memaklumkan bahawa untuk program tahun 2011 hanya untuk mengambil atlet-atlet di bawah 15 tahun dan atlet dibawah 17 tahun akan di jalankan oleh Pihak MSNK.
(Tindakan PPN, JSM)
4. JBS juga memaklumkan terdapat peruntukan dari Kementerian Belia Dan Sukan untuk sesuatu program. Peruntukan tersebut haruslah dibuat oleh Persatuan sendiri dengan memohon melalui Jabatan Belia Dan Sukan Negeri dengan mengisi borang e-bantuan di laman web JBS Negeri dan JBS negeri akan panjangkan kepada KBS untuk kelulusan. JBS juga menekankan bahawa peruntukan tersebut adalah dari KBS dan permohonan yang dibuat mestilah lengkap mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh KBS.
(TINDAKAN PTAK)
5. USPTN Kedah mencadangkan dan memohon dari pihak MSNK untuk membawa atlet-atlet yang berada di SMK Tunku Putera Baling untuk berlatih di Majlis Sukan Negeri Kedah sekali sebulan pada hujung minggu dan memohon dari pihak MSNK untuk menyediakan pengangkutan dan penginapan. MSNK bersetuju dan akan menyediakan asrama dan makanan serta pengangkutan untuk mengambil dan menghantar atlet dari SMK Tunku Putera Baling. Mesyuarat sebulat suara bersetuju dan JPM MSNK bersama JSM USPTNK akan membuat latihan bersama di gelanggang MSNK.
(Tindakan PPN, MSNK, JPM, JSM)
6. JPM Negeri Kedah memaklumkan terdapat gelanggang di Daerah Sik dan asrama, akan tetapi gelanggang tersebut tidak lengkap dan asrama tidak diselia dengan baik serta tidak mempunyai penjaga/warden untuk menguruskan gelanggang tinju tersebut. Pengerusi menyatakan pusat latihan tersebut tidak sesuai dengan keadaan berikut. Mohon PPN dan MSNK berbincang dengan PTAK.
Mesyuarat di tangguhkan pada pukul 12.15 pagi
Sekian, terima kasih
No comments:
Post a Comment