Wednesday, December 8, 2010

PEMANTAUAN PLN TINJU














Tarikh : 23 Nov 2010 ( Selasa )
Masa : 5.30 petang - 7.30 petang
Tempat : PLN Tinju, SMK Tunku Putera, Baling

Kehadiran : 14 atlet ( 9 dari SMK Tunku Putera, 5 dari SMK Bakai )
2 Jurulatih ( 1 JSM USPTN Kedah, 1 JPM MSN Kedah )
2 Guru SMK Bakai

Aktiviti yang dijalankan sepanjang pemantauan

1. Latihan Sparring dan Skipping - Sebagai persediaan untuk menghadapi Kejohanan yang akan diadakan di Pulau Pinang bersempena Pesta Pulau Pinang pada Bulan Disember.

Perbincangan
  • Cadangan bagi mengadakan latihan bersama Pelapis Serantau Zon Selatan sebelum menyertai Kejohanan bersempena Pesta Pulau Pinang.
  • Jurulatih memaklumkan memerlukan pertambahan seorang lagi JSM.
  • 4 orang atlet akan menyertai Kejohanan Tinju bersempena Pesta Pulau Pinang pada Bulan Disember.
  • Jurulatih MSN Kedah telah mengenalpasti beberapa orang atlet yang akan diketengahkan bagi menyertai SUKMA yang akan datang dan atlet - atlet ini perlu menjalani latihan di MSN Kedah.
  • Terdapat beberapa peralatan yang rosak terutamanya ' Pedding '. Ini adalah kerana ' Pedding ' merupakan peralatan yang penting untuk menjalankan latihan tumbukan dan teknik - teknik tumbukan.
  • Cadangan untuk menjalani latihan 2 minggu sekali di MSN Kedah memandangkan kemudahan peralatan dan gelanggang yang lengkap hanya terdapat di MSN Kedah.Latihan dalam gelanggang adalah perlu bagi membiasakan atlet dengan suasana sebenar pertandingan.
Pemantauan berakhir pada pukul 7.30 petang dan kelihatan semua atlet begitu bersemangat dalam menjalani latihan bagi meningkatkan prestasi masing - masing. Diharapkan latihan secara berterusan ini sentiasa dijalankan bagi memastikan Negeri Kedah tidak ketandusan bakat dalam Sukan Tinju.

Laporan disediakan oleh En.Akmal Hashim

2 comments: