Wednesday, November 24, 2010

TID BAGI SUKAN ANGKAT BERAT DAN BERBASIKAL






















Siri pencarian bakat baru telah bermula di Negeri Kedah. Destinasi program ialah di SMK Sungai Tiang, Pendang pada 15 November 2010 yang lalu. Seramai 80 orang pelajar tingkatan 2 dan 3 sekolah terbabit telah terlibat dalam program ini. Program dimulakan pada jam 9.00 pagi bermula dengan sesi penerangan berkaitan Sukan Angkat Berat oleh Jurulatih Angkat Berat Negeri Kedah iaitu En Mohd Nor Osman. Memeriahkan lagi suasana, program juga turut diserikan dengan demo angkatan daripada atlet - atlet angkat berat Kedah. Sukan Berbasikal pula mengambil tempat di pentas pada pukul 1.00 petang. Sesi penerangan berkaitan sukan ini telah disampaikan oleh En. Khairul Anuar Bahadun selaku Jurulatih Berbasikal Negeri Kedah.Ujian - ujian bagi pemilihan atlet turut juga dijalankan. Antara ujian yang dijalankan ialah lari 40 meter, tekan tubi, bangun tubi, stand jump dan juga broad jump. Tinggi dan berat pelajar - pelajar juga turut diambil untuk rekod. Program berakhir pada sekitar pukul 3.30 petang. Sekalung penghargaan diucapkan kepada SMK Sungai Tiang di atas kerjasama yang diberikan.

1 comment: