Monday, October 30, 2017

LAPORAN KEJOHANAN RENANG TERTUTUP KEDAH 2017













TARIKH : 28 OKTOBER 2017
MASA : 8.00 pagi – 5.00 petang
TEMPAT : Pusat Akuatik Gunung Keriang, Alor Setar, Kedah Darul Aman

KEJOHANAN RENANG TERTUTUP KEDAH 2017

Kejohanan Renang Tertutup Kedah 2017 ini telah berlangsung di Pusat Akuatik Gunung Keriang, Alor Setar, Kedah Darul Aman pada 28 Oktober 2017. Kejohanan ini telah berlangsung selama 1 hari dan kejohanan ini juga adalah anjuran bersama Persatuan Renang Amatur Kedah Darul Aman dan Majlis Sukan Negeri Kedah Darul Aman. Penyertaan adalah sebanyak 99 penyertaan dan 78 acara yang telah dipertandingkan.

Kejohanan ini juga mendapat sokongan dan kerjasama daripada Ketua Unit Elit Sukan (En Nazri Ahmad), Ketua Unit Pembangunan Sukan (En Amirul Nizam bin Mahathir) dan Ketua Unit USPTN Kedah (En Hafizuddin Md Rodzi) yang telah hadir memeriahkan majlis pada sesi penyampaian hadiah pada pemenang-pemenang.

Kejohanan ini diadakan sebagai salah satu inisiatif bagi pemilihan atlet untuk masuk ke program pembangunan sukan dan juga pemilihan pelapis atlet untuk ke SUKMA 2018.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada pihak persatuan, sekolah-sekolah yang terlibat, ibu bapa, atlet dan jurulatih kerana menjayakan kejohanan kali ini.

Sekian, terima kasih.
Laporan disediakan oleh Puan Nur Ira Mastura binti Baharum

Sunday, October 29, 2017

LAPORAN PEMANTAUAN SUKAN SKUASY










Tarikh : 28 Oktober 2017
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Gelanggang Skuasy, Kompleks Sukan Muadzam Shah

Kehadiran :

Ketua Unit USPTN Kedah : Encik Hafizuddin bin Md Rodzi
SDO Skuasy Kedah : Puan Nur Ira Mastura binti Baharum
Jurulatih : JPM - Encik Cheong Pak Kau

Atlet :
Lelaki - 10 orang
Perempuan - 10 orang

LATIHAN
1. Warming up
2. Latihan Sparing Partner
3. Run Court

UJIAN
- Tiada

PERTANDINGAN
- Tiada

KECEDERAAN
- Tiada

PERALATAN
- Raket skuasy dan bola

PROGRAM BINAAN
- Tiada

ULASAN
1. Kehadiran atlet ke latihan memuaskan.
2. Latihan intensif telah dijalankan hari Sabtu untuk atlet.

3. Wakil pihak Majlis Sukan Negara (Bahagian Pengurusan Sukan) iaitu Puan Fathin Athirah binti Kamarudin telah hadir memantau latihan JPM bagi penyambungan kontrak jurulatih.

Sekian,terima kasih.
Laporan disediakan oleh Puan Nur Ira Mastura binti Baharum

LAPORAN PEMANTAUAN SUKAN AKUATIK RENANG








Tarikh : 26 Oktober 2017
Mas : 9.00 malam
Tempat : Kolam Renang ASRC, Alor Setar

KEHADIRAN :
1. Jurulatih : JSM – Encik Lim Kian Aun
2. Atlet : L - 9 orang
W – 5 orang

LATIHAN
1. Technique
2. Sprint
3.Therhold Critical
4. Lactoge Tolerance
5. Aerobic

UJIAN
- Tiada

PERTANDINGAN
- Tiada

KECEDERAAN
- Tiada

PERALATAN
- Tiada

PROGRAM BINAAN
- Kejohanan Renang Tertutup Kedah 2017 (28 Oktober 2017)

ULASAN
1. Kehadiran atlet agak memuaskan dan prestasi atlet semakin baik dari semasa ke semasa.
2. Kejohanan Renang Tertutup Kedah 2017 akan dijalankan di Pusat Akuatik Gunung Keriang, Alor Setar, Kedah Darul Aman pada 28 Oktober 2017 (Sabtu) dan penyertaan adalah sebanyak 99 penyertaan.
3. Jurulatih juga memaklumkan persediaan atlet sedia ada ke SUKMA 2018 sedang di jalankan dan atlet menunjukkan prestasi yang positif.
4. Perbincangan mengenai perlantikan jurulatih baru untuk pasukan elit di bawah tanggungan Majlis Sukan Negeri Kedah juga masih belum mencapai kata sepakat dan masih dalam perbincangan bersama pihak Persatuan.

Sekian, terima kasih.
Laporan disediakan oleh Puan Nur Ira Mastura binti Baharum

LAPORAN PEMANTAUAN SUKAN TAEKWONDO








TARIKH :27 Oktober 2017
MASA : 9.00 Malam
TEMPAT : Pusat Latihan Storm Club, Sungai Petani

KEHADIRAN :
1. En. Mohamad Syamsyir Bin Jamel (JSM)
2. Atlet: 20 Lelaki/ 16 wanita


LATIHAN :
- Latihan Kecergasan
- Core Exercise
- Latihan Strength ( Lower Body )

UJIAN :
- Tiada

PERTANDINGAN :
- Tiada

PERALATAN :
- Tiada


PROGRAM BINAAN :
-Tiada

ULASAN :
1. Kehadiran atlet memuaskan dan tiada sebarang kecederaan.
2. PPN menegur jurulatih supaya ditutup bahagian cermin yang pecah kerana risiko untuk berlaku kecederaan kepada atlet amat tinggi dan jurulatih perlu memperbaikinya secepat mungkin.

3. Para ibu bapa juga turut hadir melihat latihan yang dijalankan oleh jurulatih.
4. PPN menyarankan agar ujian kecergasan dijalankan kepada atlet taekwondo bagi mengetahui tahap kecergasan atlet ini dan perlu dipantau oleh pihak ISNK.
5. Memohon jurulatih sentiasa berurusan dengan JPM Negeri bagi mendapatkan peralatan dan makanan tambahan kepada atlet pelapis.

Sekian, terima kasih.
Laporan disediakan oleh Encik Hafizuddin b. Mohd Rodzi.

Thursday, October 26, 2017

LAPORAN PEMANTAUAN SUKAN TAEKWONDO








TARIKH :25 Oktober 2017
MASA : 9.30 Malam
TEMPAT : Pusat Latihan Storm Club, Sungai Petani

KEHADIRAN :
1. En. Mohamad Syamsyir Bin Jamel (JSM)
2. Atlet: 15 Lelaki/ 13 wanita

LATIHAN :
- Latihan Kecergasan
- Drill Defensive - Kicking
- Sparring
- Latihan Strength
- Free Exercise

UJIAN :
- Tiada

PERTANDINGAN :
- Tiada

PERALATAN :
- Tiada


PROGRAM BINAAN :
-Tiada

ULASAN :
1. Kehadiran atlet kurang memuaskan kerana atlet terlibat dengan peperiksaan.
2. Pasukan Kedah tidak menghantar kejohanan sebelum ini kerana mempunyai masalah bersama Persatuan Taekwondo Negeri Kedah.

3. PPN memaklumkan mesyuarat JKK bagi Sukan Taekwondo akan diadakan pada bulan November ini setelah memperolehi tarikh dari Tuan Pengarah MSNK.
4. Jurulatih memaklumkan akan mengadakan satu latihan pusat dibawah persatuan dan memohon sedikit peruntukan dari pihak MSNK dan PPN juga mencadangakn agar diadakan di Dewan Kombat MSNK kerana tiada caj yang akan dikenakan dan asrama juga dapat disediakan.
5. Pembelian makanan tambahan perlu dicadangkan oleh pihak JPM negeri dan akan dibekalkan kepada atlet pelapis dan senarai keperluan tersebut akan diserahkan kepada ISN untuk memohon pandangan dan cadangan dariada pihak ISN.


Sekian terima kasih.
Laporan disediakan oleh Encik Hafizuddin b. Mohd Rodzi.

LAPORAN PEMANTAUAN KEJOHANAN SUKAN ANGKAT BERAT







Kejohanan hari ketiga, 25 Sept 2017.

Acara yang dipertandingkan ada hari ini adalah kategori 69kg dan 77kg lelaki junior dan senior. Tiada acara melibatkan atlet Kedah pada hari ini.

Kesemua atlet Kedah yang bertanding menjalani latihan ringan yang dikendalikan oleh jurulatih sepanjang hari ini. Latihan ringan ini dijalankan bagi memastikan kesemua atlet dalam keadaan bersedia meskipun tiada acara pada hari ini.

Esok, dua orang atlet Kedah akan menyertai acara 94kg Lelaki Junior dan Senior. Timbang berat rasmi akan diadakan pada tengah hari.

Muhammad Syamel (kat 94kg) mengalami kecederaan ringan semasa latihan diadakan dan dijangka pulih sebelum kejohanan berlangsung.

Atlet yang tidak terlibat dalam acara pada esok hari akan menjalani latihan seperti biasa di venue pertandingan.


Sekian, terima kasih.
Laporan disediakan oleh Encik Mohd syafiq b. Md Ali.

Wednesday, October 25, 2017

LAPORAN PEMANTAUAN SUKAN BADMINTON







Tarikh: 24 Oktober 2017 ( Selasa )
Masa: 4.30 Petang
Tempat: Gimnasium ISN Kedah, Majlis Sukan Negeri Kedah

KEHADIRAN :
1. En Hafizuddin Baki ( ISN Kedah- Conditioning )
2. Cik Sabrina( ISN Kedah - Nutritionist )
3. Ari Ansori ( Jurulatih )
4. Cik Farah Alzana ( Praktikal ISN Kedah )
5. Atlet - 5 Lelaki, 1 Wanita

UJIAN
- Tiada

PERTANDINGAN
- Tiada

KECEDERAAN
- Tiada


PERALATAN
- Pihak KBA memohon bantuan MSNK untuk membekalkan bulu tangkis kepada pasukan Pelapis dan Elit.


PROGRAM BINAAN
- Tiada


ULASAN

1. Sesi latihan dibahagiakn kepada 2 sesi iaitu sesi latihan di gimnasium dan latihan di gelanggang.
2. PPN memaklumkan mengenai perancangan serta bajet untuk disalurkan kepada pihak KBA berkenaan dengan peruntukkan mempersiapkan atlet ke SUKMA Perak 2018 akan datang.
3. Pihak ISN memberikan taklimat mengenai cara pemakanan yang sesuai untuk atlet dan keberkesanan dan kepentingan dalam menjaga pemakanan.
4. Sesi bersama ISN tamat pada jam 6.00 petang dan atlet menerukan latihan dengan melakukan sesi latihan ringan.

Sekian, terima kasih.
Laporan disediakan oleh Encik Hafizuddin b. Mohd Rodzi.

LAPORAN PEMANTAUAN KEJOHANAN ANGKAT BERAT









Kejohanan hari kedua, 24 Sept 2017.

Seramai dua orang atler Kedah bertanding pada acara yang diadakan pada hari ini.
Keputusan acara adalah seperti berikut:

Hussain Basri bin Ramli - kat 56kg (U20)
Snatch = 71kg
Clean & Jerk = Tiada angkatan selepas gagal ketiga-tiga angkatan.

Muhammad Syafiq bin Azhari - kat 62kg (U20)
Snatch = 80kg
Clean & Jerk = 100kg

Muhammad Syafiq bin Azhari mengalami kecederaan ringan semasa menjalani latihan pemanas badan dan dibantu oleh medik kejohanan.

Ini merupakan kejohanan pertama Hussain Basri selepas kejohanan bakat dan kelihatan sedikit gemuruh.

Tiada acara yang disertai oleh pasukan Kedah pada esok hari dan latihan ringan akan dijalankan oleh jurulatih di venue pertandingan.

Sekian, terima kasih.
Laporan disediakan Encik Mohd Syafiq b. Md Ali.