Tuesday, May 31, 2016

JAWATAN KOSONG - PENOLONG PEGAWAI BELIA & SUKAN (S27) DI USPTN KEDAH



SYARAT LANTIKAN


Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut ;


a) Warganegara Malaysia;


b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;


c) (i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia @ kelayakan yang diiktiraf setaraf oleh kerajaan; atau


    (ii) Diploma dalam bidang Sains Sukan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi  pengajian tinggi tempatan @ kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.


Dan


d) Lulus bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia @ kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


(Keutamaan diberi kepada calon yang mempunyai pengalaman dalam kegiatan-kegiatan belia & sukan)



Sila hantar resume anda kepada ;

Ketua Unit
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Kedah
d/a Majlis Sukan Negeri Kedah
Stadium Sultan Abdul Halim
Jalan Suka Menanti
05150 Alor Setar
Kedah


Tel : 04-7351980 / 7352103

Tarikh tutup : 09 JUN 2016 (KHAMIS)

Monday, May 30, 2016

LAPORAN PEMANTAIUAN SUKAN ANGKAT BERAT






Tarikh: 29 Mei 2016 ( Ahad )
Masa: 5.00 Petang
Tempat: Dewan Angkat Berat SMK Alor Janggus

KEHADIRAN :
1. En. Abdul Malik Bin Abdul Rahman ( JPM )
2. En Abdul Malek Desa ( JSM )
3. En Hanadzlah Bin Jalaludin ( Guru Penyelaras )
4. Atlet – 8 Lelaki, 1 Perempuan


LATIHAN
1. Warm Up
2. Front Squat
3. Jerk Block
4. Clean Pull


UJIAN
- Tiada


PERTANDINGAN
- Tiada


KECEDERAAN

- Salah seoarang atlet wanita mengalami kecederaan dibahagian tangan dan telah mendapatkan rawatan di hospital. Tindakan susulan oleh PPN telah diambil untuk urusan tuntutan rawatan di hospital.



PERALATAN
- Paltform yang telah uzur dan bar yang tidak mencukupi untuk menampung jumlah atlet yang semakin ramai.



PROGRAM BINAAN
- Satu program kem bakat akan diadakan dengan penglibatan semua atlet Program Bakat yang akan dijalankan pada bulan Ogos 2016 dan cadangan tempat adalah di Majlis Sukan Negeri Perlis.




ULASAN

1. Pada musim cuti sekolah ini, jurulatih telah menjalani latihan secara 2 sesi iaitu sesi pagi dan petang.
2. Atlet dibahagikan mengikut kumpulan mengikut angkatan semasa dan kumpulan 1-3 diatur mengkut program pelapis dan kumpulan 4-5 mengikut program bakat. Hal ini kerana beberapa atlet yang telah mempunyai angkatan yang baik perlu diserapkan mengikut latihan yang sesuai dengan peningkatan dan kekuatan atlet tersebut dan program latihan adalah mengkiut latihan atlet Pelapis dan atlet yang mempunyai angkatan yang kurang dan perlu diberikan penekanan dari segi teknik berada dalam kumpulan 4-5 pula masih menjalani latihan dalam Program Bakat.
3. Kebanyakan atlet yang menjalani latihan di sesi pagi hadir lebih ramai berbanding petang dan ada juga atlet yang menjalani latihan di sesi pagi masih lagi jhadir menjalani latihan di sesi petang.
4. Pertambahan atlet yang semakin ramai terutamanya atlet wanita juga menunjukkan petanda positif dalam sukan angkat berat terutamanya dalam kalnagan pelajar sekolah ini.
5. Ada juga atlet yang masih bercuti bersama keluarga dan akan menjalani latihan semua pada hari Isnin ini.


Sekian terima kasih.
Laporan disediakan oleh En Hafizuddin Bin Mohamad Rodzi

LAPORAN PEMANTAUAN SUKAN TENPIN BOLING







Tarikh: 23 Mei 2016 ( Isnin )
Masa: 9.00 malam
Tempat: C-Mart Bowl, Sungai Petani ( Pusat Latihan Sokongan )

KEHADIRAN :
1. En. Helmy Sharudin Che Ya ( JPM USPTN )
2. En Shahardi Mohd Hamzah ( JSM USPTN )
2. Atlet : 10 lelaki, 4 Wanita


LATIHAN

1. Briefing,Warm Up,
2. 1 step, 2 step ( Teknik )
3. Shadow Drill
4. Free Throwing
5. Cooling Down


UJIAN
- Tiada



PERTANDINGAN
- Ada seorang atlet dari pusat latihan ini sedang melakukan persiapan ke SUKMA Sarawak 2016.
- Atlet sedang melakukan persiapan untuk ke Kejohanan SportExcell MTBC Sirkit 3 di Kluang, Johor ada 26 Mei hingga 31 Mei 2016.


KECEDERAAN
- Tiada


PERALATAN
- Tiada


PROGRAM BINAAN
- Tiada


ULASAN

1. Kehadiran atlet di pusat latihan ini agak memuaskan dan atlet yang menjalani latihan dengan baik.
2. PPN memaklumkan menegnai proram kecergasan yang perlu dilakukan olhe jurulatih dan cadangan PPN supaya jurulatih memasukan slot program kecergasan bersama ISN Kedah dan hari yang ditetapkan adalah pada setiap hari Khamis atau Jumaat.
3. Ibu kepada atlet Puteri Nurul Dini iaitu salah seorang atlet Pelapis dan SUKMA Kedah sedang kritikal dan diberi pelepasan dan kelonggaran dalam menjalani latihan.
4. PPN merancang untuk memantau ke satu lagi pusat latihan di Kulim iaitu Ole-Ole Bowl dan merancang untuk berjumpa dengan ibu bapa di pusat latihan tersebut.


Sekian terima kasih.
Laporan disediakan oleh En Hafizuddin Bin Mohamad Rodzi

Thursday, May 26, 2016

LAPORAN PEMANTAUAN SUKAN TENIS







Tarikh : 20 Mei 2016 ( Jumaat )
Masa : 6.00 Petang
Tempat : Gelanggang Tenis SMK Model Khas, Baling

KEHADIRAN :
1. En. Samsul Kamil B Osman
2. Atlet - 9 Lelaki, 7 Perempuan

LATIHAN

1. Warm up

2. Drill
3. Foot work

4. Balancing

UJIAN
-

PERTANDINGAN
- Terdapat atlet yang akan menyertai kejohanan Perlis – Thailand di Perlis

KECEDERAAN
-

PROGRAM BINAAN
-

ULASAN

1.Kehadiran atlet amat memuaskan dan semua atlet menjalani dengan latihan baik namun mereka tidak dapat menjalani latihan dalam tempoh masa yang panjang pada hari tersebut kerana keadaan cuaca yang tidak baik begitu menyebabkan latihan tidak dapat dijalankan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

2. Jurulatih telah melancarkan Program Mini Tenis untuk atlet-atlet berumur bawah 5 tahun kepada kanak-kanak disekitar pusat latihan bagi mencari bakat-bakat baru untuk memastikan atlet pelapis sentiasa ada.

3. Ibubapa sangat memberi sokongan dalam penglibatan anak-anak mereka didalam sukan ini dan terdapat ibubapa yang membantu jurulatih membuat latihan .

4. Terdapat Cikgu disekolah tersebut telah bertanyakan berkaitan peruntukkan untuk menaik tarafkan gelanggang di sekolah kerana keadaan gelanggang yang tidak begitu baik.

Sekian, terima kasih.
Laporan disediakan oleh Cik Murni Shafila Bt Saad.

Tuesday, May 24, 2016

LAPORAN PEMANTAUAN SUKAN OLAHRAGA






Tarikh : 21 Mei 2016 ( Sabtu )
Masa : 10.00 Pagi
Tempat : Dewan SMK Kuala Ketil ( Pusat Latihan Sokongan )

KEHADIRAN :
1. En. Mahalingam A/L Vyravan (JSM)
2. Atlet – 5 Lelaki

LATIHAN

1. Warm Up
2. Drill
3. Circuit Training ( 3set x 8 kali ulangan)
-          Back Up
-          Tricep Dip
-          Naik tangga
-          Sentuh dinding
-          Pumping
-          Burpee
-          Lari ulang-alik
-          Sit Up
-          Half Squad
4.cooling down


UJIAN

- Tiada

PERTANDINGAN

- Atlet menjalani latihan sebagai persediaan untuk menyertai Kejohanan Terbuka Kedah


KECEDERAAN

- Tiada


PROGRAM BINAAN
-


ULASAN

1. Latihan dijalankan seperti biasa dan mengikut jadual yang telah ditetapkan dan kehadiran atlet kurang memuaskan kerana keadaan cuaca yang tidak begitu baik
2. Jurulatih memaklumkan mengenai kekurangan peralatan terutamanya dari segi peralatan latihan seperti hurdle memandangkan terdapat atlet bagi acara tersebut dan beliau memohon hurdle sekiranya terdapat peruntukkan.
3. Jurulatih mencadangkan umur bawah 16 tahun untuk karnival bakat .
4. PPN mencadangkan ujian kecergasan akan dibuat bersama-sama sukan lain dan tarikh akan dimaklumkan kemudian.


Sekian, terima kasih
Laporan disediakan oleh Cik Murni Shafila binti Saad

Monday, May 23, 2016

LAPORAN PEMANTAUAN SUKAN ANGKAT BERAT







Tarikh: 22 Mei 2016 ( Ahad )
Masa: 5.00 Petang
Tempat: Dewan Angkat Berat SMK Alor Janggus

KEHADIRAN :
1. En. Abdul Malik Bin Abdul Rahman ( JPM )

2. En Abdul Malek Desa ( JSM )

3. En Hanadzlah Bin Jalaludin ( Guru Penyelaras )

4. Atlet – 20 Lelaki, 5 Perempuan



LATIHAN

1. Warm Up
2. Front Squat
3. Snatch Balance
4. Clean Pull


UJIAN

- Tiada



PERTANDINGAN

- Tiada


KECEDERAAN

- Salah seoarang atlet wanita mengalami sedikit kecederaan ringan di bahagian tangan dan tidak mengalami kecederaan yang serius.



PERALATAN

- Paltform yang telah uzur dan bar yang tidak mencukupi untuk menampung jumlah atlet yang semakin ramai.


PROGRAM BINAAN

- Satu program kem bakat akan diadakan dengan penglibatan semua atlet Program Bakat yang akan dijalankan pada bulan Ogos 2016.


ULASAN

1. Kehadiran atlet baru dan lama amat memuaskan dan atlet menjalani latihan dengan baik.

2. Dengan kehadiran atlet yang ramai, jurulatih telah membahagikan kepada beberapa kumpulan yang dinilai mengikut angkatan semasa dan setiap kumpulan atlet telah diatur mengikut program latihan yang telah ditetapkan oleh jurulatih.

3. Guru penyelaras memaklumkan mengenai biasiswa sekolah yang akan diberi kepada atlet yang menunjukkan prestasi yang terbaik pada tahun ini.

4. PPN memberikan sedikit taklimat dan kata-kata motivasi kepada atlet yang bertanding pada masa akan datang.


Sekian terima kasih.
Laporan disediakan oleh En Hafizuddin Bin Mohamad Rodzi

LAPORAN PEMANTAUAN SUKAN PELAYARAN








Tarikh: 20 dan 21 Mei 2016
Masa: 3.30 petang hingga 10.30
Tempat: Majlis Sukan Negeri Kedah Darul Aman

KEHADIRAN :
1. En. Karimi (JPM)
3. Atlet – 10 orang


LATIHAN
1. Latihan di dalam kolam renang untuk recovery.

UJIAN
- ISN Kedah melakukan ujian kecergasan kepada atlet-atlet pelayaran selama dua hari di Majlis Sukan Negeri Kedah. Ujian seterusnya akan diadakan pada bulan Jun nanti.

PERTANDINGAN
-Tiada

PROGRAM BINAAN
- Tiada


ULASAN
1. Atlet menjalani latihan seperti yang ditetapkan oleh jurulatih.

2. Pihak ISN telah berikan makanan tambahan kepad atlet-atlet pelayaran kedah terutama bagi mereka yang akan ke temasya sukan Malaysia nanti.

3. Selepas berbincang dengan jurulatih, satu sesi latihan pisat akan dilakukan pada bulan Jun nanti dan atlet-atlet yang akan menjalani latihan penuh masa sepanjang sesi cuti sekolah tersebut.

Sekian, terima kasih.
Laporan disediakan oleh En. Mohd Syafiq b. Md Ali.

LAPORAN KEJOHANAN KARNIVAL BAKAT SIRI 1 / 2016 : SUKAN ANGKAT










Pasukan Atlet Bakat Negeri Kedah telah menyertai Kejohanan Angkat Berat Karnival Bakat Sirkit 1/2016 Peringkat Kebangsaanpada 12 hingga 15 Mei 2016 yang telah diadakan di Mydin Mall, Kuala Terengganu, Terengganu. Sebanyak 14 pasukan  telah menyertai kejohanan ini.  Ini merupakan kejohanan pertama yang disertai oleh pasukan ini setelah Pencarian Bakat dan Pengenalan Sukan Angkat Berat diadakan pada bulan Febuari yang lepas. Semua atlet bakat ini menjalani latihan di dua pusat latihan iaitu di Smk Alor Janggus dan Smk Tunku Anum Tunku Abdul Rahman. Pasukan Atlet Bakat 2016 Kedah terdiri daripada 18 orang atlet ( 13 Lelaki, 5 Wanita ) dan 2 orang jurulatih ( 1 JPM, 1 JSM ) serta seorang pegawai pengiring.
Berikut merupakan keputusan Kejohanan Angkat Berat Karnival Bakat Siri 1 / 2016 :

Bawah 12 – 13 Tahun Lelaki

NAMA
SNATCH
CLEAN AND JERK
JUMLAH ANGKATAN
PINGAT
Mohamad Syazwan Bin Md Ali
(kategori 45kg)

22 kg

28 kg

50 kg

Rank 12 / 22
Muhammad Irfan Rizmi B Md Akhir
(kategori 45kg

30 kg

38 kg

68 kg

Rank 7 / 22
Mohamad Aris Anuar
(kategori 45kg)

25 kg


28 kg

50 kg

Rank 11 / 22
Muhamad Amin Hakimi Bin Mohd Shukry
(kategori 45kg)

40 kg

51 kg

91 kg

Perak
Muhamad Akmal Asnawi B Mohd Tarmizi
(kategori 50kg)

28 kg


45 kg

73 kg

Perak
Afieq Daniel B Azrul Sofi
(kategori 56kg)

32 kg

38 kg

70 kg

Rank 5 / 10
Muhammad Haikal B Ahamd Faisal Hamdi
(kategori 56 kg atas)

35 kg

50 kg

85 kg

Rank 5 / 20
Muhammad Ameer
(kategori 56 kg atas)

24 kg

28 kg

52 kg

Rank 13 / 20


Bwh 12-13 tahun Wanita 

NAMA
SNATCH
CLEAN AND JERK
JUMLAH ANGKATAN
PINGAT
Nailul Izzah Binti Nasron
(kategori 45kg)

20 kg

25 kg

45 kg

Rank 4 / 5
Nur Lailatul Husna Binti Rosli
 (kategori 48kg atas)

25 kg

36 kg

61 kg

Rank 4 / 8
Nur Alyaa Nabilah Binti Nazri
(kategori 45kg atas)

28 kg


36 kg

64 kg

Perak
Nur Syamimi Binti Zaridi
(kategori 40kg)

19 kg

22 kg

41 kg

Rank 9 / 10


Bawah 14 – 15 Tahun Lelaki

NAMA
SNATCH
CLEAN AND JERK
JUMLAH ANGKATAN
PINGAT
Muhamad Akmal Hakim B Mohd Shukry
(kategori 69kg)

78 kg

100 kg

178 kg

Perak
Muhammad Hazzim Alias
 (kategori 85kg)

46 kg

60 kg

106 kg

Gangsa
Muhammad Zulhelmy Bin Muslim Kharamin
(kategori 50kg)

35 kg

43 kg

78 kg

Rank 13 / 25
Muhamad Nur Bin Muhamad
(kategori 56kg)

43 kg

60 kg

103 kg

Rank 6 / 17
Muhamad Syafiq Bin Azhari
(kategori 62kg)

63 kg

83 kg

146 kg

Gangsa


Bawah 14 – 15 Tahun Wanita

NAMA
SNATCH
CLEAN AND JERK
JUMLAH ANGKATAN
PINGAT
Nur Aina Safiya Binti Maslan
(kategori 48kg)

22 kg

25 kg

47 kg

Rank 6 / 7


Rumusan
Jumlah kutipan pingat dari  Pasukan Angkat Berat Program Bakat yang menyertai kejohanan ini adalah 4 Perak dan 2 Gangsa

Sekian Terima Kasih.
Laporan disediakan oleh Encik Hafizuddin b. Mohd Rodzi.