Monday, November 21, 2011

MESYUARAT PENGURUS PASUKAN KEJOHANAN BERBASIKAL TREK PELAPIS SIRI 02/11 MSNM/PKBM/USPTN PERAK/PBNP

Untuk makluman kejohanan terbabit akan berlangsung seperti berikut :

Tarikh : 21 - 25 November 2011

Tempat : Velodrome Rakyat, Ipoh

Seperti biasa, mesyuarat Pengurus Pasukan telah diadakan sebelum kejohanan berlangsung bagi pelarasan pendaftaran atlet dan juga makluman terkini berkaitan aturan kejohanan. Mesyuarat ini telah diadakan pada 21 November 2011 bertempat di Bilik Mesyuarat MSN Perak pada jam 5.00 petang. Sebanyak 140 penyertaan atlet lelaki dan wanita dari 18 pasukan akan berentap dalam kejohanan 5 hari ini. Manakala bagi Negeri Kedah seramai 11 atlet yang meliputi 8 atlet lelaki dan 3 atlet wanita akan bertanding dalam kejohanan ini. Kepada para atlet Negeri Kedah khasnya, selamat bertanding diucapkan.

Sekian.

Tinjauan Tempat-Tempat Pertandingan Karnival Pelapis Negeri X Perlis 2011

Salam,

Berikut merupakan laporan bagi tinjauan ke Perkampungan Sukan Politeknik Tunku Syed Sirajuddin, Pauh Perlis dan tempat-tempat pertandingan untuk beberapa sukan yang lain di sekitar Arau.

Memanah

Jarak dari penginapan sukan ke tempat pertandingan (memanah) - 300 Meter
ETA - 5 Minit (berjalan kaki)
Tempat pertandingan bagi sukan Memanah terletak di dalam kawasan Polikteknik sahaja iaitu di padang Politeknik bersebelahan dengan Pauh Inn.

Tinju

Dari maklumat terbaru yang diperolehi dari pihak USPTN Perlis, tempat pertandingan diubah dari Dewan Rakan Sukan, Kompleks Sukan Negeri, Majlis Sukan Negeri Perlis ke dalam kawasan Politeknik.Tempat pertandingan belum dikenal pasti.

Angkat Berat.

Jarak dari Politeknik ke tempat pertandingan (Angkat Berat) - 13 KM
ETA - 20 ke 30 Minit.
Tempat pertandingan bagi sukan Angkat Berat adalah di Dewan Sekolah Menengah Teknik Arau, Perlis iaitu bersebelah dengan pintu masuk utama UiTM Arau. Tinjauan ke dalam tempat pertandingan tidak dapat dijalankan kerana dewan tersebut dikunci oleh kerana cuti hujung minggu. Terdapat juga kemudahan kedai makan untuk pasukan yang berada lebih kurang 1 KM dari tempat pertandingan dengan mengambil masa lebih kurang 10 minit dengan melalui kawasan kampus UiTM keluar melalui pintu kedua UiTM.

Sepak Takraw.

Jarak dari Politeknik ke tempat pertandingan (Sepak Takraw) - 13 KM
ETA - 20 - 30 minit.
Tempat pertandingan sukan Sepak Takraw adalah di Dewan Kompleks Sukan UiTM Arau. Hasil dari tinjauan tempat pertandingan, dewan Badminton mungkin digunakan sebagai tempat pertandingan Sukan Sepak Takraw. Kemudahan kedai makan juga sepertimana Sukan Angkat Berat dimana Pasukan Sepak Takraw perlu keluar melalui pintu kedua UiTM Arau untuk mendapatkan keperluan makanan kerana terdapat banyak pilihan  disana.

Untuk makluman , bersebelahan dengan UiTM terdapat beberapa buah Homestay dimana pasukan Angkat Berat dan Sepak Takraw boleh menginap disana kerana jarak dari penginapan (homestay) tersebut adalah lebih kurang 2 KM yang mengambil masa lebih kurang 5 minit sahaja ke tempat pertandingan.

Dari tinjauan yang dilakukan beberapa maklumat mengenai penginapan dan tempat pertandingan tidak dapat diperolehi sepenuhnya oleh kerana pada tarikh 20 Nevember 2011 (Ahad) adalah hari minggu bagi Negeri Perlis. 

Sekian untuk makluman.

Saturday, November 12, 2011

SELAMAT PENGANTIN BARU

Tahniah diucapkan kepada En Mohd Farid Fauzi, PPN USPTN Kedah yang telah selamat diijabkabul bersama gadis pilihan hatinya pada tanggal 11 November 2011.

Pihak kami mengucapkan selamat pengantin baru dan semoga jodoh berkekalan hingga ke akhir hayat.

Friday, November 11, 2011

KURSUS PERIODISASI DAN PERANCANGAN STRATEGIK MSN KEDAH MENJELANG SUKMA PAHANG 2012

Sebagai salah satu persediaan bagi menghadapi SUKMA Pahang 2012, pihak Majlis Sukan Negeri Kedah dengan kerjasama Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Kedah telah menganjurkan kursus terbabit seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 9 hingga 10 November 2011

Tempat : Dewan Damai, Hotel Regency Darulaman suite, Jitra , Kedah

Penglibatan : 42 orang jurulatih Program Sukma / Pelapis Kedah, 31 pegawai dan kakitangan MSN Kedah / USPTN Kedah

Pada slot hari pertama iaitu pada 9 November 2011, peserta - peserta kursus telah didedahkan dengan lebih mendalam berkaitan pelaksanaan periodisasi dalam program latihan. Penceramah pada slot hari pertama ialah En. Thung Jing Seng, Ketua Unit Program Pembangunan Program Periodisasi Atlet dari Institut Sukan Negara.

Manakala pada hari kedua, En Roslan Bin Salikon, Pensyarah Pengurusan Sukan dari Universiti Malaya yang menyampaikan 2 slot bertajuk Pengurusan Sukan Moden Yang Efektif dan Pengurusan Pasukan Menjelang Temasya Sukan.

Diharapkan program seperti ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh para jurulatih sebagai salah satu medium untuk persediaan SUKMA Pahang 2012.